Jump to content

Wn/ms/Bekas jurulatih badminton Malaysia Lee Guan Chong meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Bekas jurulatih badminton Malaysia Lee Guan Chong meninggal dunia

5 Jun 2024 (Rabu)

KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih skuad beregu lelaki badminton Lee Guan Chong meninggal dunia semalam di sebuah hospital di Bangsar pada usia 87 tahun. Berita itu disahkan anak mendiang, Andy Lee menerusi hantaran di Facebook.

"Pagi tadi ayah saya, Lee Guan Chong, meninggal dunia dengan amannya. Beliau meninggalkan legasi yang sangat besar sebagai seorang ayah dan datuk yang hebat, pemenang Piala Thomas '67, jurulatih kepada pasukan Badminton kebangsaan Malaysia sehingga awal 80' dan dedikasi sepanjang hayatnya terhadap pembangunan sukan badminton dari kanak-kanak selama berdekad lamanya!," katanya.

"Sangat bangga dengannya, beliau mendapat tempat di hati dan beri impak positif kepada ramai orang. Semoga beliau berehat dengan aman. Saya akan berasa sangat merinduinya!"

Upacara penghormatan terakhir mendiang diadakan pada Rabu dan Khamis bagi membenarkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir sebelum upacara membakar jasad dilakukan pada Jumaat di PJCCA Gui Yuan Crematorium di Petaling Jaya.

Mendiang merupakan jurulatih yang bertanggungjawab membawa skuad beregu badminton Malaysia dalam kejohanan Piala Thomas 1975 dan 1976. Skuad beregu berjaya ke pentas akhir Piala Thomas 1976, namun tewas kepada Indonesia dan meraih pingat perak.

Bekas pemain badminton Malaysia, Datuk James Selvaraj yang pernah dibimbingi mendiang berkata, "Beliau sangat tegas dalam memastikan kita mendapat keputusan yang terbaik, tetapi beliau seorang yang peramah dengan kita (pemain) ketika itu."

Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog