Jump to content

Wn/ms/68 peratus jemaah haji Malaysia telah tiba di Makkah

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > 68 peratus jemaah haji Malaysia telah tiba di Makkah

1 Jun 2024 (Sabtu)

Makkah - Setakat Khamis, seramai 21,517 jemaah haji warga Malaysia telah tiba di Makkah bagi menyempurnakan rukun Islam kelima itu. Jumlah itu termasuk jemaah haji yang tiba dari Madinah, demikian menurut Ketua Rombongan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Pemandangan dalam Masjidil Haram.
Imej: Richard Mortel.

"Sehubungan itu, sebanyak 70 daripada 100 penerbangan sudah selamat sampai di Madinah dan Makkah dengan 38 penerbangan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan 32 lagi menggunakan pesawat Saudi Arabia," katanya selain menambah, "kesemua 47 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah sudah selesai dengan penerbangan terakhir tiba pada 25 Mei lalu."

Syed Salleh menyarankan bakal haji yang akan tiba supaya mengambil vaksin pneumonia dan influenza oleh kerana wabak itu senang dijangkiti, terutamanya apabila dikerumuni jemaah haji yang lain. Bercakap mengenai status kesihatan jemaah haji Malaysia di sana pula, Syed Saleh mengatakan bahawa seramai 62 jemaah haji sedang menerima rawatan untuk pelbagai masalah kesihatan.

Penerbangan terakhir dari Kuala Lumpur ke Arab Saudi dijadualkan pada 9 Jun ini. Manakala Hari Wuquf pula ialah pada 15 Jun 2024 atau bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1445H.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog