Jump to content

Wq/ms/Loke Siew Fook

From Wikimedia Incubator
< Wq‎ | ms
Wq > ms > Loke Siew Fook
Loke Siew Fook

Loke Siew Fook (lahir 28 April 1977) merupakan seorang ahli parlimen untuk kawasan Seremban dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kawasan pilihan raya negeri Chennah. Beliau kini merupakan Menteri Pengangkutan Malaysia di bawah kabinet Anwar Ibrahim sejak 3 Disember 2022.

Petikan[edit | edit source]

  • Kita akan terus berkhidmat demi negara dan memainkan peranan untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu berasaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • Selamat pagi Malaysia, saya gembira dapat bekerja semula dengan ‘pilot’ saya, saudara Hazril.
  • Kepada rakan-rakan semua, sentiasa pakai tali pinggang tidak kira di tempat duduk depan mahupun di belakang. Pandu cermat, pasti selamat. Berhati-hati di jalan raya ya. Selamat bertugas kepada semua.
  • Kementerian Pengangkutan melalui Prasarana akan terus menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam selain membuat pelaburan dalam infrastruktur rel dan bas mengikut keperluan demi menggalakkan peralihan ke mod pengangkutan awam yang lebih selesa, selamat dan rendah karbon.
  • I will take the various public transportation to my workplace when the situation allows. If you see me, just say hi.
  • Itu sebab daripada hari pertama [MRT Laluan Putrajaya di buka] lagi, kerajaan memberi penekanan kepada penyelenggaraan sedang diubah dan perbincangan akan diadakan dengan pihak Prasarana bagi membincangkan dengan lebih lanjut bagaimana untuk membudayakan satu penyelenggaraan yang lebih telus.
  • Kita perlu atasi masalah kesesakan di pusat bandar dengan pengangkutan awam yang moden dan canggih.—Kerajaan perlu berhati-hati semasa menukar sistem pengangkutan awam massa kepada bas. Memang ia murah, namun kita jika nak jadi negara maju, kita tiada pilihan selain menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang hebat.
  • Itu adalah antara langkah yang kita buat [iaitu penerapan unsur-unsur keselamat di jalan raya dalam kurikulum sekolah Malaysia] supaya kita nak membudayakan keselamatan jalan raya ini dan menerapkan nilai-nilai keselamatan dalam minda anak-anak kita sejak di bangku sekolah.
  • It's rather perplexing that the opposition consistently plays the sentiment that Malays must be adversarial towards the Chinese and vice versa. Nonetheless, I have firmly stated that we [DAP] harbor no such intention. Malays are not enemies of the Chinese and instead we must firmly reject such myopic and racially infused politics.
    • Terjemahan: Agak membingungkan bahawa pembangkang secara konsisten memainkan sentimen bahawa orang Melayu mesti menjadi [pihak] lawan terhadap orang Cina dan sebaliknya. Namun begitu, saya dengan tegasnya menyatakan bahawa kita [pihak DAP] tidak mempunyai niat sedemikian. Orang Melayu bukan musuh orang Cina dan sebaliknya kita mesti menolak dengan tegas [mengenai] politik dan perkauman yang tidak memandang jauh itu.
    • diperoleh daripada "Reject Malay political sentiment of 'opposing' the Chinese, says DAP's Loke". Sinar Daily. 9 Ogos 2023. Dicapai pada 27 November 2023.

Pautan luar[edit | edit source]