Jump to content

Wq/ms/Anwar Ibrahim

From Wikimedia Incubator
< Wq | ms
Wq > ms > Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim ialah Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh, berkhidmat dari 2022 hingga kini.

Petikan

[edit | edit source]
  • Sama ada kita bicara soal bahasa, bangsa, agama atau budaya dan ekonomi, tidak boleh lari dari keperluan menekankan kepentingan kecergasan mengangkat martabat melalui ilmu dan tradisi ilmu kerana tanpa kesedaran itu, negara akan berkecamuk, berbicara dengan cara dangkal, tidak mengakar ke bumi, tidak menggapai ke langit dan tidak menghormati fakta dan kebenaran.
  • Kita harus bersama menjunjung prinsip striving for excellence, maknanya berusaha mencari jalan dan kaedah supaya mencatat kecemerlangan, mengukuh perpaduan di dalam negara kita dahulu.
  • Islamisasi merangkumi segala aspek kehidupan tanpa dibatasi oleh ciri-ciri perkauman. Dalam mencapai matlamat ini, Kerajaan Malaysia sedar bahawa nasib kira-kira separuh rakyatnya yang bukan Islam itu harus sama-sama diberi perhatian yang adil lagi wajar
  • Saya tidak mewakili pendapat yang mahu mengurangkan (penguasaan) Bahasa Inggeris, tetapi saya juga tidak mewakili sikap yang mempunyai fobia terhadap bahasa sendiri. Saya ingin mengingatkan mereka ini terlalu taasub dengan Bahasa Inggeris. Mereka mungkin dibesarkan di London, tetapi saya ingatkan mereka, hidup mereka di Malaysia, mereka mesti mewakili hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
  • "Pengislaman (di Malaysia) ini bukanlah usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai Iran atau Uganda yang sering menjadi anggapan orang."
    • semasa berucap dalam ceramah umum di Dewan Persidangan Singapura di Shenton Way  pada 24 Mac 1985

Pautan luar

[edit | edit source]
Wikipedia
Wikipedia
Wikipedia mempunyai rencana berkenaan:
Commons
Commons
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: