Wn/ms/Sebuah hotel runtuh, 4 maut
28 Julai 2020 (Selasa)
Sanaa - Empat maut manakala tiga yang lain cedera apabila sebuah hotel di daerah bersejarah ibu negara Yaman runtuh. Kejadian ini berlaku di hotel Thuraya yang merupakan sebuah bangunan empat tingkat yang dibina dengan reka bentuk bumbung tradisional.
Punca kejadian masih belum diketahui tetapi penduduk berkata bangunan berkenaan sudah lama dan hujan lebat telah melanda bandar ini sejak empat hari yang lalu.
Sanaa sekarang ini dikuasai oleh pemberontak Houthi yang disokong oleh Iran yang menguasai bandar itu dan kawasan utara. Kumpulan itu terbabit dalam perang saudara yang sudah berlarutan selama lima tahun dengan kerajaan dan tentera gabungan yang diketuai Arab Saudi.
Sumber
[edit | edit source](Melayu) "Hotel runtuh, empat terbunuh" — Harian Metro, 28 Julai 2020