Jump to content

Wn/ms/Pemetaan terbaru mungkin merungkai misteri pembinaan piramid Mesir

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Pemetaan terbaru mungkin merungkai misteri pembinaan piramid Mesir

19 Mei 2024 (Ahad)

Mesir - Saintis telah menemui cabang air purba Sungai Nil yang pernah mengalir berdekatan dengan gugusan lebih dari 30 piramid di Mesir, berkemungkinan bakal menyelesaikan persoalan misteri berkaitan bagaimana bongkah batu yang besar itu dapat diangkut dari satu tempat ke lokasi tapak binaan piramid.

Piramid Giza.
Imej: kallerna.

Dengan menggunakan teknologi pengimejan satelit dan analisis terhadap sampel mendapan teras, kertas kerja yang diterbitkan untuk jurnal Communications Earth & Environment itu menyatakan bahawa sepanjang 64 kilometer cabang Sungai Nil purba telah dipetakan di mana ia telah kering dan terletak jauh tertimbus di bawah gurun pasir dan tanah-tanah.

"Walaupun terdapat pelbagai usaha dalam melaksanakan pemetaan semula laluan air purba Sungai Nil, sebahagian besarnya hanya terhad kepada pengumpulan sampel di kawasan yang kecil, jadi pemetaan itu hanya berlaku setakat di situ sahaja berbanding keseluruhan laluan air purba itu," kata Eman Ghoneim, pengarang utama bagi kertas kerja itu, seorang profesor dan pengarah Makmal Angkasa dan Dron Penderiaan Jauh, Jabatan Sains Bumi dan Lautan, Universiti North Carolina Wilmington.

"Ini merupakan kali pertama kajian dijalankan dalam usaha untuk menyediakan peta pertama mengenai cabang purba Sungai Nil yang telah lama menghilang." Ghoneim dan rakan merujuk cabang purba ini sebagai Ahramat, perkataan dari bahasa Arab yang membawa maksud piramid.

Cabang air purba ini memiliki lebar sebanyak 0.5 kilometer dengan kedalaman dianggarkan sekurang-kurangnya 25 meter, serupa dengan ukuran pada Sungai Nil moden, kata Ghoneim lagi. Cabang purba Sungai Nil ini dikatakan mengalir bersebelahan dengan 31 buah piramid, termasuklah Piramid Giza.

Menurut Dr Suzanne Onstine, pengarang bersama kertas kerja itu, "penemuan lokasi cabang sungai ini dan terdapat data yang menunjukkan terdapat laluan air yang mungkin digunakan untuk mengangkut bongkah yang sangat berat, peralatan, manusia dan apa sahaja sangat membantu kami dalam menjelaskan proses pembinaan piramid". Tambahnya lagi, orang Mesir pada zaman dahulu mungkin menggunakan arus sungai bagi memudahkan kerja, berbanding dengan menggunakan tenaga manusia.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog