Jump to content

Wn/ms/Kabinet baharu Mesir angkat sumpah susulan kemenangan al-Sisi

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kabinet baharu Mesir angkat sumpah susulan kemenangan al-Sisi

4 Julai 2024 (Khamis)

Bendera Mesir
Bendera Mesir
Berita lain dari Mesir
Lokasi Mesir
Lokasi Mesir
Lokasi Mesir

Anggota kabinet baharu Mesir mengangkat sumpah di hadapan Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi di Istana Al-Ittihadiya di Kaherah pada Rabu, lapor dari stesen televisyen kerajaan Nile TV.

Kabinet baharu berdepan tugas getir menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Imej: Hamada Elrasam untuk media VOA.

Kabinet baharu yang dibentuk itu diterajui Perdana Menteri, Mostafa Madbouly yang telah memegang jawatan sejak 2018 dan terdiri daripada 30 orang menteri, termasuklah 20 muka baru.

Beberapa portfolio digabungkan di bawah satu kementerian seperti portfolio perhubungan luar, imigresen dan hal ehwal ekspatriat digabungkan di bawah satu kementerian yang diterajui Badr Abdelatty yang merupakan seorang duta Mesir ke European Union.

Sebelum upacara mengangkat sumpah berlangsung, al-Sisi menaikkan pangkat Abdel-Meguid Saqr kepada leftenan general serta melantiknya ke jawatan Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Ketenteraan, menggantikan Mohamed Zaki yang telah memegang portfolio itu sejak 2018. Saqr sebelum itu memegang pelbagai jawatan berkaitan ketenteraan serta memiliki ijazah dalam bidang Sains Tentera.

Pada Ahad, al-Sisi berkata kabinet baharu yang dibentuk itu akan memberikan tumpuan terhadap usaha mengurangkan impak dari kenaikan harga serta meningkatkan peluang pekerjaan. Ahmed Kouchouk dilantik dalam menerajui Kementerian Kewangan ditugaskan untuk menguruskan kemelut krisis ekonomi yang semaking meruncing dan penyusutan ketara nilai mata wang.

Perubahan kabinet itu adalah susulan daripada kemenangan al-Sisi dalam Pilihanraya Presiden yang telah diadakan tahun lepas, dengan memenangi sebanyak 89.6 peratus daripada jumlah undian.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog