Wn/ms/Pelajar tingkatan 5 maut di Jalan Muar-Segamat
11 Mac 2021 (Khamis)
Segamat - Seorang pelajar tingkatan 5 maut dalam kemalangan jalan raya di KM 67, Jalan Muar-Segamat yang berhampiran dengan persimpangan lampu isyarat menghala masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Segamat, petang, semalam.
Mangsa, Jamal Farhan Jaafar, 17 tahun, maut dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal berjenama Honda 250 dinaikinya bertembung dengan sebuah kenderaan berempat roda.
Menurut rakan sekelas, mangsa sejak kebelakangan ini kerap menghantar mesej ringkas di grup aplikasi WhatsApp meminta dihalalkan makan minum beberapa hari sebelum kejadian.
"Ketika Jamal menghantar mesej meminta maaf, dia juga sebut bukan hendak mati kepada semua rakan yang ada, kami ingatkan dia sekadar bergurau dan tidak sangka itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,"
"Ada antara kami yang balas mesej itu dengan membuat lawak dan dia membalas kembali dengan mesej ceria,” katanya rakan sekelas mangsa, Siti Nur Farhana Zulkeflee, 17.
Mangsa juga merupakan seorang ketua kelas dan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan, Batu Anam. Jenazah pelajar itu selamat dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Paya Luas di Batu Anam, sebelum masuknya waktu Zohor.
Sumber
[edit | edit source]- (Melayu) "Minta halal makan minum petanda pergi selamanya (salinan arkib)" — Utusan Malaysia, 11 Mac 2021
- (Melayu) "Pelajar sempat minta halalkan makan, minum sebelum ajal" — Kosmo!, 11 Mac 2021