Jump to content

Wn/ms/Pekerja di Australia berhak abai panggilan majikan selepas waktu bekerja

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Pekerja di Australia berhak abai panggilan majikan selepas waktu bekerja

26 Ogos 2024 (Isnin)

SYDNEY - Australia hari ini menguatkuasakan rang undang-undang yang membenarkan pekerja untuk tidak menjawab sebarang panggilan berkaitan perihal di tempat kerja selepas tamat waktu bekerja.

Di bawah undang-undang "Right To Disconnect" itu, pekerja di Australia berhak untuk tidak memantau, membaca atau menjawab sebarang cubaan komunikasi daripada majikan mereka melalui apa-apa medium komunikasi. Walau bagaimanapun, mereka tetap perlu menjawab panggilan jika terdapat alasan yang munasabah seperti dalam keadaaan kecemasan berkaitan tempat kerja.

Undang-undang itu diluluskan di peringkat Parlimen pada February 2024. Ia mula dilaksanakan kepada majikan dengan 15 atau lebih pekerja bermula hari ini, manakala majikan yang menggaji kurang daripada 15 pekerja akan mula menggunapakai undang-undang baharu itu bermula 26 Augus 2025.

Trend pekerjaan kini yang banyak bergantung kepada peralatan digital terutamanya pasca COVID-19 apabila ramai memilih untuk bekerja dari jauh antara sebab mengapa undang-undang itu dilaksanakan. Kesannya, pekerja memiliki lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga atau rakan selain mengelakkan bekerja lebih masa tanpa gaji.

"Apa yang kami nak katakan ialah seseorang yang tidak dibayar untuk bekerja 24 jam sehari sepatutnya tidak dikenakan denda jika mereka tidak berada di atas talian dan bersedia 24 jam," kata Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese semasa sidang media mengenai pengumuman rang undang-undang pada Februari.

Di bawah pelaksanaan undang-undang baharu itu juga, sebarang pertikaian mengenai perkara itu haruslah dibincang di antara majikan dan pekerja terlebih dahulu. Jika tiada keputusan dicapai, ia boleh dibawa kepada perhatian Suruhanjaya Pekerjaan Saksama (FWC). Majikan yang didapati melanggar peraturan bakal dikenakan hukuman denda sehingga $18,000.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog