Wn/ms/Manchester United julang Piala FA Inggeris, tempah slot ke Eropah musim hadapan
26 Mei 2024 (Ahad)
2 gol dari pemain muda Manchester United, Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo menghadiahkan Piala FA Inggeris pertama kepada pengurus, Eric ten Hag setelah pasukannya menang 2-1 ke atas seteru mereka, Manchester City di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Imej: PeeJay.
United mempamerkan aksi permainan yang tersusun pada separuh masa pertama dan berjaya menghasilkan gol pertama yang disudahkan Garnacho pada minit ke-30 selepas berlaku kesilapan dari penjaga gol City, Stefan Ortega dan pemain pertahanan Josko Gvardiol. Sembilan minit berselang, United menambah satu lagi gol hasil gerakan bersama Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan Garnacho dan disudahkan pemain muda, Mainoo yang merembat bola melepasi Ortega.
Memasuki separuh masa kedua, City cuba bangkit dari ketinggalan, namun percubaan Erling Haaland pada minit ke-55 hanya terkena palang gol. Pada minit ke-87, City akhirnya berjaya mendapatkan satu gol hasil dari rembatan jarak dekat yang disudahkan pemain gantian, Jeremy Doku. Tiada tambahan gol dijaringkan kedua-dua pasukan sehingga pengadil meniup wisel menandakan tamat perlawanan.
Sir Jim Ratcliffe berkata, "Satu perasaan bangga apabila dapat memenangi perlawanan akhir Piala FA di Wembley. Manchester United jelas bukan pasukan pilihan untuk menang pada hari ini namun mereka bermain dengan komitmen penuh dan berkemahiran dan mengatasi salah satu pasukan yang hebat dalam bola sepak. Kami semua bangga dengan pemain-pemain dan staf yang sentiasa bekerja keras untuk menyokong mereka."
Ini merupakan kemenangan ke-13 buat pasukan United dalam kempen Piala FA Inggeris. Kemenangan merangkul Piala FA Inggeris pada musim ini juga bermakna United akan beraksi di kejohanan UEFA Europa League pada musim hadapan, meskipun menamatkan musim liga di tempat ke-8.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) David Hytner. " Manchester United win FA Cup after Garnacho and Mainoo stun City " — The Guardian, 25 Mei 2024
- (Inggeris) Paul Hassall. " Manchester City 1-2 Manchester United: Alejandro Garnacho and Kobbie Mainoo seal FA Cup glory for Erik ten Hag’s side " — Eurosport, 26 Mei 2024
- (Inggeris) Oliver Yew. " Man City 1-2 Man Utd: Erik ten Hag's side end season on high with stunning FA Cup final win at Wembley " — SkySports, 25 Mei 2024
- (Inggeris) Adam Bostock. " FA Cup winners! Reds claim club's 13th triumph " — Manchester United F.C., 26 Mei 2024