Jump to content

Wn/ms/Kebakaran di Canning Town, 70 bomba dikerah bagi mengawal situasi

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Kebakaran di Canning Town, 70 bomba dikerah bagi mengawal situasi

4 Jun 2024 (Selasa)

Sebuah kebakaran besar tercetus di tapak pembinaan bangunan 10-tingkat dekat Canning Town di bahagian barat London pada Selasa pagi, dengan pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauhi kawasan tersebut. Pihak bomba mula menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 8:23 pagi waktu tempatan.

Bomba London (LFB) berkata seramai 70 anggota dan 10 jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran. Kebakaran itu berlaku di tingkat bawah bangunan tersebut yang menempatkan lot-lot komersial. Mereka berjaya mengawal kebakaran selepas dua jam dan berada di lokasi bagi melakukan pemantauan.

Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan asap hitam tebal menyelubungi kawasan kejadian. Sekurang-kurangnya tujuh orang dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan dipercayai terhidu asap tebal. Bomba juga menggunakan tangga setinggi 64 meter bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap di atas kren pembinaan.

"Bomba menerima lebih kurang 30 panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu, dengan panggilan pertama dijawab pada pukul 8:23 pagi. Krew berjaya mengawal insiden itu kira-kira pukul 9:36 pagi. Bomba dari Plaistow, Poplar, East Ham dan kawasan sekitar dikejarkan ke tempat kejadian," menurut kenyataan LFB. "Punca kebakaran masih lagi disiasat."


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog