Jump to content

Wn/ms/Lebuh raya dinamakan sempena Chinua Achebe, tokoh kesusasteraan Nigeria tersohor

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Lebuh raya dinamakan sempena Chinua Achebe, tokoh kesusasteraan Nigeria tersohor

9 Jun 2024 (Ahad)

Presiden Nigeria, Bola Ahmed Tinubu pada Sabtu menamakan jalan baru di Lebuhraya Abuja dekat Lot II Wilayah Ibu Kota Persekutuan (FCT) daerah Guzape di Abuja sempena nama Chinua Achebe, seorang tokoh pemuisi terkenal Nigeria.

Chinua Achebe (2008)
Imej: Stuart C. Shapiro.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau merasmikan pembukaan jalan baru di wilayah itu. Dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa Menteri Wilayah Ibu Kota Persekutuan, Nyesom Wike merayu supaya mana-mana jalan di daerah Guzape dinamakan semula sebagai mengenang jasa Achebe.

"Saya ingin merayu kepada kamu (Presiden), seperti mana yang kamu luluskan cadangan penukaran nama Jalan Arteri N-20 bersempena nama Profesor Wole Soyinka, pemenang anugerah Nobel," kata Wike dalam kenyataannya. "Terdapat ramai orang Nigeria yang memberi sumbangan besar terutamanya dalam bidang kesusasteraan, seperti Chinua Achebe dan J.P. Clark."

Profesor Chinua Achebe dilahirkan pada 16 November 1930 di Ogidi, Nigeria. Beliau ialah seorang penulis syair dan novel terulung di Nigeria. Novelnya yang bertajuk Things Fall Apart diangkat sebagai karya paling agung dalam kesusasteraan moden Afrika dan merupakan novel yang paling banyak dibaca dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa.

Beliau meninggal dunia pada tahun 2013.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog