Wn/ms/Ketua jurulatih Barcelona, Xavi dipecat
25 Mei 2024 (Sabtu)
Barcelona mengumumkan telah memecat ketua jurulatihnya, Xavi Hernandez selepas dia memegang jawatan itu selama tiga tahun pada Jumaat. Dia bagaimanapun akan mengendalikan perlawanan terakhir pasukannya pada musim ini menentang pasukan Sevilla sebelum meninggalkan kelab itu. Pengumuman itu dibuat selepas sebulan Xavi melakukan pusing U dan membatalkan hasratnya untuk meletakkan jawatan.
Xavi sebelum ini pernah mengumumkan perletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pada Januari selepas pasukannya mengalami kekalahan mengejut 3-5 kepada pasukan Villareal, atas alasan "kurangnya nilai hormat" dan menyifatkan peranannya sebagai "kejam dan tidak menyenangkan". Berikutan pengumumannya itu, Barca menampilkan prestasi yang memberangsangkan apabila mereka mara sehingga ke peringkat suku akhir UEFA Champions League, namun tersingkir setelah tewas kepada Paris Saint-Germain.
"FC Barcelona ingin berterima kasih kepada Xavi atas peranannya sebagai jurulatih, selain rekod kariernya yang tiada tandingan sebagai pemain dan kapten pasukan, dan berharap beliau mengecapi kejayaan di dunia pada masa akan datang," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan FC Barcelona. "Dalam tempoh beberapa hari akan datang, FC Barcelona akan membuat pengumuman mengenai penstrukturan baru bagi pasukan utama".
"Rakan sekalian, pada Ahad persembahan saya dari bangku simpanan Barca akan berakhir. Bukan senang untuk meninggalkan kelab di hati awak semua, namun saya lebih berbangga selepas dua tahun setengah menjadi pemimpin di bilik persalinan rasa seperti keluarga kedua saya," kata Xavi menerusi kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas berita mengenai pemecatannya dikeluarkan. "Musim ini, ada perkara yang berlaku tanpa diduga, namun kita mengendahkan sahaja dan bantu melahirkan generasi baru pemain bola sepak dari La Masia yang memberi inspirasi kepada semua peminat Barcelona".
Xavi dilantik sebagai ketua jurulatih, menggantikan Ronald Koeman yang meletak jawatan pada tahun 2021. Bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu membawa pasukannya memenangi kejuaraan La Liga musim lepas - kejuaraan pertama kelab itu sejak 2019 dan kejuaraan pertama tanpa Lionel Messi sejak 1999. Pada musim ini, Barca bergelut untuk menampilkan prestasi yang konsisten sepanjang kempen dan jarang memberikan tentangan sengit kepada Real Madrid dalam merebut kejuaraan liga, mengumpul 82 mata berbanding 94 mata dimiliki Real Madrid yang telah memenangi liga pada musim ini.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) "Barcelona sack head coach Xavi with Hansi Flick set to replace him" — SkySports, 25 Mei 2024
- (Inggeris) Lewis Browning. "Barcelona SACK manager Xavi, just a month after he reversed his decision to quit at the end of the season - paving the way for Hansi Flick to take over the reins" — DailyMail, 25 Mei 2024