Jump to content

Wn/ms/Kecoh di parlimen Taiwan, pertikaian mengenai draf resolusi reformasi

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kecoh di parlimen Taiwan, pertikaian mengenai draf resolusi reformasi

19 Mei 2024 (Ahad)

Taipei - Parlimen Taiwan menyaksikan berlakunya insiden huru-hara dan tolak menolak dari kalangan ahli parlimen selepas seorang daripadanya melakukan cubaan mencuri kertas yang terkandung rang undang-undang untuk mengelakkan daripada diluluskan oleh dewan parlimen.

Taipei.
Imej: Chaplain iMonk.

Insiden itu berlaku pada pagi Jumaat apabila sidang parlimen sedang bersiap sedia untuk membahaskan usul yang memberikan lebih kuasa kepada parlimen untuk mengawasi tindak-tanduk pihak kerajaan.

Semasa insiden itu, beberapa ahli parlimen bertindak dengan berkumpul di tempat speaker, ada juga yang melompat dan menarik beberapa ahli parlimen yang lain. Keadaan menjadi tenang buat seketika sebelum bersambung semula hingga waktu tengahari.

Insiden itu berlaku sehari sebelum Lai Ching-te dilantik secara rasmi sebagai presiden yang baru tanpa memegang majoriti di parlimen.

Perselisihan faham yang berlaku antara dua parti utama di Taiwan, Parti Progresif Demokratik (DPP) yang bakal membentuk kerajaan dan Kuomintang (KMT) dari pihak pembangkang utama, adalah berkaitan dengan draf resolusi reformasi termasuklah langkah kontroversi dalam mengenakan pertuduhan jenayah kepada pegawai kerajaan yang didakwa membuat kenyataan palsu di parlimen.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog