Wn/ms/Syarikat produksi 3D Minimum Studios jadi anak syarikat Capcom menerusi majoriti saham
2 Julai 2024 (Selasa)
Capcom, penerbit pemainan video yang popular dengan siri Resident Evil dan Monster Hunter mengumumkan pengambilalihan Minimum Studios, iaitu sebuah syarikat produksi 3D yang berpangkalan di Taiwan.

Imej: Gamerscore Blog.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan Capcom, mereka telah peroleh dua pertiga daripada jumlah saham yang diterbitkan serta menjadikan syarikat Minimum Studios sebagai anak syarikat di bawah keluarga Capcom. "Kekuatan Minimum Studios terletak dalam produksi animasi dalam pembangunan permainan video. Mereka telah banyak melakukan kerja-kerja dalam pembangunan judul permainan Capcom utama selama ini."
Capcom berkata dengan pengambilalihan itu, kedua-dua syarikat berkenaan mampu meningkatkan keupayaan pembangunan dan teknologi secara mampan serta menyasarkan untuk mencapai matlamat pengurusan jangka panjang dengan jualan tahunan sebanyak 100 juta unit.
Minimum Studios ditubuhkan pada 2018, memiliki kepakaran dalam animasi keyframe dan animasi berdasarkan tangkapan gerakan. Sebelum pengambilalihan, mereka telah terlibat dalam pembangunan permainan video Capcom berjudul Resident Evil Village, Resident Evil 4 remake dan Dragon’s Dogma 2, melakukan kerja-kerja berkaitan produksi animasi filem dalam permainan.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) " Capcom Makes Minimum Studios Co., Ltd. a Subsidiary Through Share Acquisition " — Capcom, 1 Julai 2024
- (Inggeris) Chris Scullion. " Capcom makes animation production company Minimum Studios a subsidiary " — VGC, 1 Julai 2024
- (Inggeris) Sal Romano. " Capcom acquires 3D CG production company Minimum Studios " — Gematsu, 1 Julai 2024
- (Inggeris) Sophie McEvoy. " Minimum Studios becomes Capcom subsidiary " — GamesIndustry.biz, 1 Julai 2024