Wn/ms/Jumlah kes kematian Covid-19 di Mexico lepasi angka 20 ribu

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Jumlah kes kematian Covid-19 di Mexico lepasi angka 20 ribu

26 Jun 2020 (Jumaat)

Pakar kesihatan membersihkan pengangkutan awam untuk mengelakkan penyebaran.

Mexico City - Kerajaan Mexico semalam memaklumkan, jumlah kes kematian akibat COVID-19 di negara itu sudah melepasi 25,000 mangsa bersama 200,000 kes jangkitan.

Ketua Epidemiologi di Sekretariat Kesihatan, Jose Luis Alomia, berkata negara yang mempunyai 127 juta penduduk ini mencatatkan 25,060 kes kematian dan 202,951 kes sejak melaporkan jangkitan pertama hampir empat bulan lalu.

Sumber[edit | edit source]