Jump to content

Wn/ms/Hempas badan ke arah paus pembunuh, lelaki ini dikenakan denda

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Hempas badan ke arah paus pembunuh, lelaki ini dikenakan denda

26 Mei 2024 (Ahad)

Tular di New Zealand mengenai rakaman yang memaparkan seorang lelaki melakukan aksi menghempaskan badannya (body slam) ke atas seekor ikan paus pembunuh (Orca).

Kejadian itu berlaku dekat Davonport, pinggir bandar Auckland apabila seekor ikan paus pembunuh bersama anaknya sedang berenang berdekatan bot lelaki berkenaan. Lelaki itu kemudian terjun ke laut sambil cuba menghempaskan badannya ke atas ikan paus tersebut, namun tidak mengena. Kedengaran ramai bersorak kepada lelaki itu apabila dia berenang ke arah salah satu daripada ikan paus yang berada di situ dalam cubaan untuk menyentuhnya. Pada satu masa dalam video kedengaran lelaki itu menjerit, "saya dapat menyentuhnya!".

Seekor orca di Auckland.
Imej: Aucklandwhale.

Video itu tular berikutan Jabatan Pemuliharaan New Zealand (DoC) menerbitkan video itu kembali di Instagram, mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen, di mana rata-ratanya mengecam tindakan lelaki itu yang agak keterlaluan. Seorang pengguna Instagram meninggalkan komen, "harap perkara ini tidak mendatangkan bahaya/ketakutan kepada orca selepas ini". Manakala seorang pengguna Instagram lain mengutuk tindakan lelaki itu, mengatakan bahawa "ini merupakan perbuatan yang keji dan pengabaian terhadap alam sekitar adalah sangat menyedihkan".

Hayden Loper, Pegawai Siasatan Utama DoC turut mengecam tindakan lelaki itu yang "tidak bertanggungjawab" oleh kerana orca merupakan "haiwan yang terlalu berkuasa" dan kejadian itu mungkin berakhir dengan perkara yang mengerikan. "Ini merupakan pelanggaran jelas terhadap Akta Perlindungan Mamalia Laut. Orca diklasifikasi sebagai ikan paus di bawah peruntukkan undang-undang dan aktiviti seperti berenang bersama ikan paus, atau mengganggu atau menyerang mana-mana mamalia laut adalah dilarang sama sekali.

Di bawah akta itu, lelaki yang berusia 50 tahun itu telah didenda sebanyak $600.

Menurut DoC, orca ialah haiwan pemangsa puncak dan jumlah populasi spesis yang dijumpai setakat ini di perairan New Zealand adalah kira-kira 200 hingga 300 ekor. Orca mengenal pasti gangguan yang dicetuskan dari kenderaan, termasuklah bot rekreasi sebagai satu ancaman kerana bunyi bising yang dikeluarkan.

Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog