Wn/ms/Gunung Semeru meletus

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Gunung Semeru meletus

17 Januari 2021 (Ahad)


Jakarta — Gunung Semeru di Jawa Timur yang juga merupakan gunung tertinggi di Pulau Jawa meletus semalam pada jam 5:24 petang waktu Indonesia Timur. Menurut siaran media Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), gunung yang berukuran 3,676 meter itu kini berstatus tahap 2 atau "waspada" dan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) sedang melakukan penilaian lebih lanjut berhubung letusan itu.

Gunung Semeru pada 2019

Penduduk di sekitar Desa Sumber Mujur, Desa Curah Koboan dan kawasan sekitarnya diarahkan sentiasa berjaga-jaga dan menjauhi kawasan gunung berkenaan.

Berdasarkan data PVMBG terdapat lebih 70 gunung berapi yang masih aktif di Indonesia manakala tujuh gunung berapi di Indonesia ketika ini sedang aktif meletus.

Gunung berapi yang sedang aktif meletus sejak dua tahun lepas ialah Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda, Gunung Merapi (di Jawa Tengah), Gunung Kelud (Jawa Timur), Gunung Sinabung (Sumatera Utara), Gunung Bromo (Jawa Timur), Gunung Soputan dan Gunung Lokon (di Sulawesi Utara).

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg