Wn/ms/E-mel kerajaan dan pembangkang Syria didedahkan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > E-mel kerajaan dan pembangkang Syria didedahkan

6 Julai 2012 (Jumaat)

LONDON 6 Julai − Lebih dua juta e-mel milik pegawai kerajaan Syria didedahkan oleh laman sesawang WikiLeaks semalam. E-mel tersbut juga melibatkan pihak pembangkang negara itu.

Menurut jurucakap untuk laman web anti-kerahsiaan, Sarah Harrison berkata, Wikileaks telah mula memdedahkan e-mel yang dikenali sebagai "Fail-fail Syria" itu. Kesemua e-mel tersebut merupakan kepunyaan ahli politik Syria, menteri-menteri dan syarikat-syarikat kerajaan yang bertarikh Ogos 2006 hingga Mac 2012.

Pihak WikiLeaks berkata 2,434,899 e-mel datang daripada kementerian-kementerian di Syria seperti Kementerian Hal Ehwal Luar, Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Presiden. Terdapat juga sekitar 400,000 e-mel dalam Bahasa Arab dan juga 68,000 dalam Bahasa Rusia.

Sumber[edit | edit source]