Wn/ms/Ahli Parlimen desak Speaker adakan persidangan penuh, disokong ahli kerajaan, pembangkang

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Ahli Parlimen desak Speaker adakan persidangan penuh, disokong ahli kerajaan, pembangkang

6 November 2020 (Jumaat)


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar bin Azizan @ Harun akhirnya bersetuju dengan desakan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat supaya semua Ahli Dewan Rakyat dibenarkan berada di dalam dewan ketika pembentangan Belanjawan 2021.

Sebelumnya, hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan berada di dalam dewan semasa persidangan bermula hari ini disebabkan situasi terkini berkenaan penularan Covid-19.

Perkara tersebut telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejurus selepas persidangan tersebut bermula, dan disokong oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat dari pihak kerajaan dan pembangkang, termasuk Lim Guan Eng (Bagan), Shahidan Kassim (Arau ) dan Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

Pada mulanya, Datuk Azhar tidak membenarkannya kerana perkara tersebut telahpun diputuskan melalui satu usul yang telahpun dilulus sebelum ini, namun atas dasar demokrasi, Ahli-ahli Parlimen telah mendesak untuk perkara tersebut disemak semula, dan akhirnya Datuk Azhar bersetuju untuk membenarkan semua Ahli Dewan Rakyat untuk masuk ke dalam dewan.

Sumber[edit | edit source]

  • Malaysiakini Team. "LIVE" — Malaysiakini, 6 November 2020


Bookmark-new.svg