Wn/ms/3 kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > 3 kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini

23 Jun 2020 (Selasa)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa 3 kes baharu dicatatkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes Covid-19 adalah 8,590 kes. Kesemua kes baharu ini adalah kes tempatan. 1 kes merupakan warganegara Malaysia manakala 2 kes yang lain pula bukan warganegara Malaysia.

9 kes pula telah pulih menjadikan jumlah kes yang pulih adalah 8,186 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini. Jumlah kes yang aktif pula adalah 283 kes. Sebanyak 3 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]