Wn/ms/23 kes baharu, 17 kes pulih dicatatkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > 23 kes baharu, 17 kes pulih dicatatkan di Malaysia hari ini

25 Julai 2020 (Sabtu)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan bahawa terdapat 23 kes Covid-19 baharu catatkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,884 kes. 17 kes merupakan kes tempatan dan 6 kes yang lain ialah kes import. Daripada 17 kes tempatan tersebut, 10 kes ialah kes warganegara Malaysia manakala 7 kes pula ialah kes bukan warganegara Malaysia.

17 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan kes Covid-19 yang pulih di Malaysia adalah sebanyak 8,594 kes. Tiada kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 123 kes. Terdapat 167 kes yang masih aktif dan 3 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi hanya 2 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]

(Melayu) "Situasi Terkini 26 Julai 2020" — Kementerian Kesihatan Malaysia, 25 Julai 2020

(Melayu) "Covid-19: Terus meningkat, 23 kes dilaporkan hari ini" — Harian Metro, 25 Julai 2020


Bookmark-new.svg