Wn/ms/Pas perjalanan MyCity Pass Rapid KL kini tersedia untuk pelancong bukan warganegara

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Pas perjalanan MyCity Pass Rapid KL kini tersedia untuk pelancong bukan warganegara

6 April 2024 (Sabtu)


Petaling Jaya – Bermula Mac 2024 yang lalu, syarikat pengangkutan utama Malaysia, Rapid KL telah memperkenalkan produk pas perjalanan MyCityPass kepada pelancong asing. Kadar harga yang ditetapkan ialah RM10 untuk sehari manakala RM25 untuk tiga hari perjalanan.

Sebelum ini, pas perjalanan MyCity Pass hanya diperjualbelikan kepada rakyat Malaysia sahaja bagi menggalakan pelancongan domestik dalam negara ini. Kadar harga yang ditetapkan sebelum Mac 2024 ialah RM5 sehari dan RM15 bagi perjalanan 3 hari tanpa had. Namun selepas bulan Mac 2024, kadar harga bagi perjalanan sehari bagi warganegara telah menaik sedikit, iaitu sebanyak RM6; namun bagi perjalanan tiga hari ialah kekal seperti biasa.

Dengan menggunakan pas perjalanan ini, anda layak menggunakan rel dan bas Rapid KL tanpa had– bas Rapid KL di Hab Pasar Seni (2024)

Bagi pembelian pas perjalanan tanpa had ini, anda dikehendaki menuju ke kaunter perkhidmatan pelanggan di mana-mana stesen kereta api dan stesen transit aliran bas (BRT) rangkaian Rapid KL; dan hab-hab bas terpilih iaitu Chow Kit, Pasar Seni, Seksyen 2 Shah Alam, Greenwood, Sri Nilam, KLCC, Pearl Point, Puching Utama dan Sunway Pyramid. Pembelian pas MyCity Pass dilakukan dengan menolak wang simpanan anda dalam kad Touch 'N Go, dengan amaun yang ditetapkan. Sebagai contoh, anda membeli pas MyCity Pass untuk sehari, maka amaun RM5 dalam kad Touch 'N Go akan ditolak untuk pembelian pas terebut; begitu juga dengan pembelian pas untuk tiga hari.

Sekiranya anda tidak mempunyai kad Touch 'N Go, anda boleh menggunakan kad pengenalan atau membelinya di kaunter perkhidmatan pelanggan yang berharga RM15; amaun RM5 untuk kad dan amaun RM10 untuk isian wang anda dalam kad tersebut.

Dengan pembelian pas perjalanan MyCity Pass anda layak menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dalam servis Rapid KL seperti LRT, MRT, BRT, monorel, dan perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL tanpa had selama sehari atau tiga hari; bergantung dengan harga pas perjalanan yang anda beli.

Sumber[edit | edit source]