Jump to content

Wy/ms/Pantai Barat (Malaysia)

From Wikimedia Incubator
< Wy | ms
Wy > ms > Pantai Barat (Malaysia)

Pantai Barat Semenanjung Malaysia merupakan kawasan meliputi negeri-negeri yang mempunyai garis pantai di sepanjang Selat Melaka. Bahagian semenanjung ini lebih membangun dan maju daripada kawasan Pantai Timur. Akibatnya, istilah Pantai Barat dan Pantai Timur cenderung membawa maksud lebih daripada penerangan tentang geografi sesebuah negeri. Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, dan pusat pentadbiran Putrajaya terletak di wilayah ini.

Negeri

[edit | edit source]

Dari utara ke selatan;

Map
Peta Pantai Barat (Malaysia)

  Perlis
Negeri terkecil di Malaysia.
  Kedah
Negeri jelapang padi, juga meliputi Pulau Langkawi
  Pulau Pinang
Pulau peranginan yang popular, dengan ibu negeri yang menyerlah George Town.
  Perak
Negeri yang kaya dengan bijih timah pada zaman dahulunya.
  Selangor
Negeri paling padat dan maju di Malaysia.
  Kuala Lumpur
Ibu negara Malaysia.
  Putrajaya
Pusat pentadbiran negara Malaysia.
  Negeri Sembilan
Pusat bagi kebudayaan Minangkabau di Malaysia.
  Melaka
Kaya dengan sejarah seawal abad ke-15.

Bandar

[edit | edit source]