Wy/ms/KLIA Transit

From Wikimedia Incubator
< Wy‎ | ms
Wy > ms > KLIA Transit

KLIA Transit adalah perkhidmatan kereta api laju pengantara yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Ia membuat tiga hentian segera di Bandar Tasik Selatan, Putrajaya dan Salak Tinggi.

KLIA Transit dikendalikan Express Rail Link Sdn Bhd yang turut mengendalikan perkhidmatan kereta api laju tanpa henti, KLIA Ekspres.

Tambang & tiket[edit | edit source]

Perkhidmatan KLIA Transit menggunakan sistem tiket tertutup yang memerlukan penumpang membeli tiket perjalanan sebelum menaiki dan penggunakan perkhidmatan rel pengantara tersebut. Kadar tambang dan tiket KLIA Transit ditentukan mengikut jarak di antara dua buah stesen perhentian dan kumpulan umur penumpang iaitu dewasa, kanak-kanak dan warga tua serta kadar tambang perjalanan istimewa untuk kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Selain itu, pakej istimewa Putrajaya dan formula 1 juga turut ditawarkan kepada penumpang.

Tiket[edit | edit source]

Pembelian tiket perjalanan KLIA Transit boleh dilakukan di kaunter jualan tiket atau mesin tiket otomatik di semua stesen perhentian KLIA Transit dengan pilihan tiket perjalanan sehala, dua hala atau nilai tersimpan (kad kembara KLIA Transit). Bagi pembelian tiket perjalanan tambang istimewa, penumpang diminta menunjukkan dokumen atau pengenalan diri yang sah.

Tiket nilai tersimpan[edit | edit source]

Tiket nilai tersimpan atau kad kembara KLIA Transit ditawarkan khusus kepada penumpang yang kerap menggunakan perkhidmatan KLIA Transit dengan dua pilihan kad kembara mingguan atau bulanan. Kad kembara mingguan pempunyai tempoh sah laku 7 hari untuk 14 perjalanan sehala manakala kad kembara bulanan pula dengan tempoh sah laku selama 31 hari untuk 60 perjalanan sehala. Penggunaannya tidak terhad kepada perjalanan di antara dua buah stesen perhentian pilihan penumpang, tetapi tambang penggunaan ke atas mana-mana stesen bukan pilihan akan dipotong mengikut kadar biasa sepertimana tiket perjalanan sehala.

Pembelian kad kembara KLIA Transit boleh dilakukan di kaunter jualan tiket stesen-stesen perhentian KLIA Transit. Harga kad kembara berbeza bergantung kepada tempoh sah laku dan jarak di antara dua buah stesen perhentian pilihan penumpang. Terdapat empat jenis kad kembara yang ditawarkan Express Rail Link Sdn Bhd iaitu kad kembara bulanan Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Salak Tinggi serta kad kembara mingguan atau bulanan Putrajaya sesuai untuk kakitangan kerajaan di Putrajaya, golongan pelajar dan warga pekerja di Cyberjaya.

Mesin tiket otomatik[edit | edit source]

Selain daripada kaunter jualan tiket, pembelian tiket perjalanan KLIA Transit juga boleh dilakukan di mesin tiket otomatik yang menerima pembayaran secara tunai atau melalui penggunaan kad kredit atau debit. Walau bagaimanapun, ia terhad untuk pembelian tiket perjalanan sehala dan dua hala dewasa dan kanak-kanak sahaja. Pembelian tiket perjalanan yang lain hanya boleh dilakukan melalui kaunter jualan tiket.

  • Panduan penggunaan dan pembayaran mesin tiket otomatik
File:KLIATransit-Tambang003.jpg
Mesin tiket otomatik dan kaunter jualan tiket KLIA Transit di KLIA
Berikut adalah panduan penggunaan dan pembayaran mesin tiket otomatik KLIA Transit.
File:KLIATransit-Tambang004.jpg
Mesin tiket otomatik
  • Mesin tiket otomatik
  1. Pilih destinasi dan kadar tambang dewasa atau kanak-kanak dengan menekan butang pilihan. Harga tambang akan dipaparkan pada penal paparan tambang harga.
  2. Lakukan pembayaran dengan menggunakan matawang Ringgit Malaysia sahaja. Mesin menerima pembayaran tunai atau melalui penggunaan kad kredit atau debit.
  3. Baki pembayaran tunai akan dipulangkan jika ada.
  4. Ambil tiket perjalanan KLIA Transit.

Harga tambang[edit | edit source]

Berikut adalah jadual harga tambang perjalanan sehala dan nilai tersimpan (kad kembara) KLIA Transit.

File:KLIATransit-Tambang001.gif


File:KLIATransit-Tambang002.gif

Jadual perjalanan[edit | edit source]

File:STBKL-PetaGTransit.jpg

File:IkonPengangkutanAwam-TransitRel.png

SISTEM TRANSIT BERSEPADU KUALA LUMPUR

Template:Wy/ms/STBKL-A

Perkhidmatan rel pengantara KTM Komuter.

Template:Wy/ms/STBKL-B

Perkhidmatan rel pengantara KTM Komuter.

Template:STBKL-C

Perkhidmatan rel transit Rapid KL.

Template:STBKL-D

Perkhidmatan rel transit Rapid KL.

Template:STBKL-E

Perkhidmatan rel transit Rapid KL.

Template:STBKL-F

Perkhidmatan monorel KL Monorail.

Template:Wy/ms/STBKL-GEkspres

Perkhidmatan rel laju ekspres KLIA Ekspres.

Template:Wy/ms/STBKL-GTransit

Perkhidmatan rel laju pengantara KLIA Transit.

Perkhidmatan tren pertama dari Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL berlepas pada pukul 5.33 pagi dan tren terakhir bertolak pada pukul 12.03 pagi dengan kekerapan perlepasan setiap 30 minit. Tempoh perjalanan keseluruhan ialah 36 minit termasuk masa hentian segera di tiga stesen perhentian KLIA Transit. Perkhidmatan tren pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pula berlepas pada pukul 5.52 pagi dan tren terakhir bertolak pada pukul 1.03 pagi dengan kekerapan dan tempoh perjalanan yang sama.


File:KLIATransit-Jadual001.gif

Stesen perhentian[edit | edit source]

Secara keseluruhannya terdapat 5 stesen perhentian KLIA Transit termasuk 3 stesen hentian segera.

File:IkonPengangkutanAwam-TransitRelG.png Stesen Sentral Kuala Lumpur[edit | edit source]

Stesen Sentral Kuala Lumpur adalah sebuah hab pengangkutan rel bersepadu di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada 16 April 2001 sebagai ganti kepada Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Stesen Sentral Kuala Lumpur menghubungkan rangkaian perkhidmatan rel, bas dan teksi di bawah satu bumbung. Perkhidmatan KLIA Transit di Stesen Sentral Kuala Lumpur berlepas dan tiba di pelantar khusus yang dibuka kepada orang ramai pada 1 Jun 2002.

File:IkonPengangkutanAwam-TransitRelG.png Stesen Sentral Kuala Lumpur (XKL)
File:KLIATransit-Stesen001-01.jpg
Pertukaran File:IkonPengangkutanAwam-TransitRel-Pertukaran.png File:IkonPengangkutanAwam-TransitRelA.png File:IkonPengangkutanAwam-TransitRelB.png File:IkonPengangkutanAwam-TransitRelE.png File:IkonPengangkutanAwam-TransitRelF.png
Pelan lantai [1]
  • Kemudahan
Pelantar perlepasan dan ketibaan KLIA Transit di Stesen Sentral Kuala Lumpur direka khusus untuk penumpang dari setiap kumpulan umur dan pengguna. Ia juga mesra pengguna kurang upaya. Antara kemudahan pengguna kurang upaya yang disediakan ialah lif, tandas dan jubin lantai penentu arah bagi memudahkan pergerakkan penumpang yang cacat penglihatan serta beberapa kemudahan asas yang lain.
File:IkonKemudahanAwam-PakirBerbayar.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-KaunterPerkhidmatanPelanggan.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-MesinTiketOtomatik.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-TelefonAwam.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-TandasAwam01.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-Eskalator.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-Lif.png
  • Butiran
Arkitek:
Aras lantai: 2
Pelantar: terbuka/dwisisi
  • Panjang:
  • Lebar:
  • Tinggi:



File:IkonPengangkutanAwam-TransitRelG.png Stesen Bandar Tasik Selatan[edit | edit source]

Stesen Bandar Tasik Selatan KLIA Transit merupakan satu daripada tiga stesen hentian segera perkhidmatan KLIA Transit. Ia dibuka kepada orang ramai pada 1 Jun 2002 dan bakal dibangunkan menjadi terminal pengangkutan bersepadu, sebuah hab pengangkutan awam di bahagian selatan Kuala Lumpur dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Stesen Bandar Tasik Selatan KLIA Transit menyedia perkhidmatan rel pengantara yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL dengan ibu negara kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan.

File:KLIATransit-Stesen002.jpg
Pelan lantai Stesen Bandar Tasik Selatan KLIA Transit
File:IkonPengangkutanAwam-TransitRelG.png Stesen Bandar Tasik Selatan (BTS)
Pertukaran File:IkonPengangkutanAwam-TransitRel-Pertukaran.png File:IkonPengangkutanAwam-TransitRelB.png File:IkonPengangkutanAwam-TransitRelD.png
Pelan lantai [2]
  • Kemudahan
Stesen Bandar Tasik Selatan KLIA Transit yang direka khusus untuk penumpang dari setiap kumpulan pengguna turut dilengkapi dengan kemudahan pengguna kurang upaya dan pelbagai kemudahan asas yang lain. Misalnya, rekaan pelantar dwisisi terbuka, kemudahan lif dan landas angkat disediakan bagi melancarkan pergerakan penumpang keluar masuk, terutamanya penumpang yang berkerusi roda.
Selain itu, jubin lantai penentu arah berwarna kuning pada permukaan lantai memudahkan pergerakkan penumpang yang cacat penglihatan keluar masuk kawasan stesen. Pelantar perlepasan dan ketibaan di Stesen Bandar Tasik Selatan KLIA Transit boleh dipanjangkan sehingga 150 meter berdasarkan kepada pelan perancangan masa hadapan KLIA Transit.
File:IkonKemudahanAwam-PakirPercuma.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-KaunterPerkhidmatanPelanggan.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-MesinTiketOtomatik.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-TelefonAwam.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-TandasAwam01.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-Eskalator.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-Lif.png
  • Butiran
Arkitek: GDP Architects Sdn Bhd
Aras lantai: 1
Pelantar: terbuka/dwisisi
  • Panjang: 75 m
  • Lebar: 8 m
  • Tinggi:



File:IkonPengangkutanAwam-TransitRelG.png Stesen Putrajaya & Cyberjaya[edit | edit source]

Stesen Putrajaya & Cyberjaya KLIA Transit di Putrajaya Sentral adalah stesen hentian segera kedua perkhidmatan KLIA Transit. Perkhidmatan KLIA Transit di Putrajaya Sentral beroperasi melalui pelantar khusus yang dibuka kepada orang ramai pada 1 Jun 2002. Putrajaya Sentral merupakan hab pengangkutan awam bersepadu di Putrajaya yang dahulunya dikenali sebagai Terminal Pengangkutan Barat. Ia menyediakan rangkaian perkhidmatan bas, teksi dan rel pengantara kepada penduduk Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya. Putrajaya Sentral terletak di Presint 7, Putrajaya berhampiran dengan Hospital Putrajaya dan Jabatan Bomba & Penyelamat Putrajaya.

  • Kemudahan
File:KLIATransit-Stesen003-01.jpg
Putrajaya Sentral
Perkhidmatan KLIA Transit di Putrajaya Sentral beroperasi melalui pelantar khusus yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Selain itu, beberapa kemudahan tambahan sampingan terutamanya untuk pengguna kurang upaya turut disediakan di pelantar KLIA Transit Putrajaya Sentral.
File:IkonKemudahanAwam-PakirPercuma.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-KaunterPerkhidmatanPelanggan.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-MesinTiketOtomatik.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-TelefonAwam.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-TandasAwam01.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-Eskalator.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-Lif.png
  • Butiran
Arkitek: Veritas Architects Sdn Bhd
Pertukaran: -
Kod stesen/tiket: PJS
Aras lantai: 2
Pelan lantai:
Pelantar: terbuka/dwisisi
  • Panjang: 75 m
  • Lebar: 8 m
  • Tinggi:



File:IkonPengangkutanAwam-TransitRelG.png Stesen Salak Tinggi[edit | edit source]

Stesen Salak Tinggi KLIA Transit merupakan stesen hentian segera terakhir perkhidmatan KLIA Transit sebelum menamatkan perjalanannya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia dibuka kepada umum pada 1 Jun 2002 dan merupakan pusat operasi utama Express Rail Link Sdn Bhd. Sebuah pusat kejuruteraan dan penyelenggaraan tren Express Rail Link Sdn Bhd iaitu Kompleks Rel Udara turut didirikan berhampiran dengan kawasan stesen berkenaan. Stesen Salak Tinggi KLIA Transit yang terletak di mukim Dengkil menyediakan perkhidmatan rel pengantara kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan.

File:KLIATransit-Stesen004-01.jpg
Stesen Salak Tinggi KLIA Transit
File:KLIATransit-Stesen004.jpg
Pelan lantai Stesen Salak Tinggi KLIA Transit
  • Kemudahan
Stesen Salak Tinggi KLIA Transit memilik ciri rekaan dan kemudahan yang sama seperti Stesen Bandar Tasik Selatan KLIA Transit. Ia juga mesra pengguna kurang upaya. Misalnya, rekaan pelantar dwisisi terbuka, kemudahan lif dan landas angkat disediakan bagi melancarkan pergerakan penumpang keluar masuk.
Selain itu, jubin lantai penentu arah berwarna kuning pada permukaan lantai stesen memberi pentunjuk arah dan memudahkan pergerakkan penumpang yang cacat penglihatan keluar masuk kawasan stesen berkenaan. Pelantar perlepasan dan ketibaan di Stesen Salak Tinggi KLIA Transit boleh dipanjangkan sehingga 150 meter berdasarkan kepada pelan perancangan masa hadapan KLIA Transit.
File:IkonKemudahanAwam-PakirPercuma.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-KaunterPerkhidmatanPelanggan.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-MesinTiketOtomatik.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-TelefonAwam.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-TandasAwam01.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-Eskalator.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-Lif.png
  • Butiran
Arkitek: GDP Architects Sdn Bhd
Pertukaran: -
Kod stesen/tiket:
Aras lantai: 1
Pelantar: terbuka/dwisisi
  • Panjang: 75 m
  • Lebar: 8 m
  • Tinggi:



File:IkonPengangkutanAwam-TransitRelG.png Stesen KLIA[edit | edit source]

File:KLIATransit-Stesen005.jpg
Pelan lantai Stesen KLIA KLIA Transit
  • Kemudahan
Perkhidmatan KLIA Transit di Lapangan Terbang Antarabangsa KL beroperasi melalui pelantar khusus yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Selain itu, beberapa kemudahan tambahan sampingan terutamanya untuk pengguna kurang upaya turut disediakan di Stesen KLIA.
File:IkonKemudahanAwam-PakirBerbayar.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-KaunterPerkhidmatanPelanggan.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-MesinTiketOtomatik.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-TelefonAwam.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-TandasAwam01.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-Eskalator.pngFile:Pembahagi.gifFile:IkonKemudahanAwam-Lif.png
  • Butiran
Arkitek:
Pertukaran: -
Kod stesen/tiket: KUL
Aras lantai: 2
Pelantar: terbuka/dwisisi
  • Panjang:
  • Lebar:
  • Tinggi:

Rujukan[edit | edit source]

  1. Architecture Asia (03/2004). Issue 1 / March 2004 - May 2004. Kuala Lumpur. Pusat Binaan Sdn Bhd
  2. International Railway Journal (08/1999). Kuala Lumpur Airport Rail Link To Open In 2002. United Kingdom. Simmons-Boardman Publishing Corporation
  3. Siemens Transportation Systems (02/2003). Express Rail Link Kuala Lumpur Turnkey Project. Siemens AG
  • Rujukan digital
  1. (Bahasa Inggeris) - www.kliaekspres.com 26 Mac 2007

Pautan luar[edit | edit source]

Peta laluan[edit | edit source]