Wy/ms/Johor Bahru

From Wikimedia Incubator
< Wy‎ | ms
Wy > ms > Johor Bahru
Johor Bahru

Johor Bahru (Jawi: جوهر بهرو; secara tidak rasmi dipanggil sebagai JB) adalah sebuah bandar raya dan ibu kota bagi negeri Johor di negara Malaysia. Selain itu, JB juga merupakan bandar raya ketiga terbesar dalam negara dan pusat kewangan negeri. Dikelilingi oleh pinggir bandar, taman-taman perindustrian dan kawasan tepian air di selatan Semenanjung Malaysia, Johor Bahru bersama-sama dengan Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Kukup, Kulai, Pekan Nanas dan Senai membentuk sebuah daerah mega Iskandar Malaysia.

Kawasan[edit | edit source]

Kawasan metropolitan Johor Bahru boleh dibahagikan kepada empat bahagian - Utara, Selatan, Timur dan Barat.

  • Utara – Pusat utamanya ialah Taman Daya, Taman Mount Austin, Taman Desa Tebrau dan Ulu Tiram yang boleh dicapai melalui jalan banang, Jalan Tebrau. Terdapat beberapa kesesakan semasa waktu sibuk berlaku di jalan ini. Kawasan utara merupakan tempat terkenal untuk warga tempatan berkunjung berikutan perkembangan terkini pusat-pusat beli-belah AEON Tebrau, Lotus's Tebrau, IKEA Tebrau, Toppen dan Mount Austin di kawasan sekitarnya.
  • Selatan – Merupakan pusat bandar raya di mana pejabat-pejabat kerajaan bandar terletak. Kawasan ini di mana banyak kawasan pekan lama berada termasuklah Pekan Cina, Little India dan tepian air Stulang Laut. Ia juga merupakan kawasan dengan taman-taman perumahan yang sudah berusia lebih daripada tiga dasawarsa. Antara kawasan perumahan penting termasuklah Taman Pelangi, Taman Century and Taman Sentosa.
  • Timur – Kawasan pinggir bandar utama ialah Pelentong dan Permas Jaya, yang merupakan kawasan perumahan. Bahagian lain pula ialah estet-estet perindustrian dan kawasan tadahan air Sultan Iskandar.
  • Barat – Pusat utamanya ialah kawasan Teluk Danga, pembangunan tepian air bersepadu. Kawasan pinggir bandar utamanya ialah Bandar Baru Uda, Tampoi dan Kempas.