Wq/ms/Za’ba
Appearance
Za’ba (16 September 1895 – 23 Oktober 1973) merupakan seorang penulis, pakar bahasa Melayu dan pujangga Islam.
Petikan
[edit | edit source]- Bahasa Melayu Pasar ialah bahasa yang datang daripada perbualan bahasa Melayu antara dua orang bukan Melayu. Kesemua perkataan mereka guna ialah bahasa Melayu tetapi diguna pakai dengan salah. Maka ia pada nama sahaja mereka berbahasa Melayu namun realitinya ia benda lain.
- Dipetik di The Straits Times (18 Julai 1956)
- Saya tidak berchadang akan bekerja di-mana2. Saya hanya ingin berehat sahaja. Tetapi tidak pula berma'ana bahawa saya akan berhenti menulis dan mengarang. Kedua2 perkara ini memang sifat sa-mula jadi kapada saya.
- Pengumuman bersara menjadi Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, dipetik di Berita Harian (6 Disember 1958)
- Saya amat menyesalkan bahawa pada masa ini sadikit sakali anak2 Melayu yang sanggup menyambongkan pengajian mereka untok melayakkan diri menjadi pensharah dalam bahagian Melayu di-University.
- Pengumuman bersara menjadi Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, dipetik di Berita Harian (6 Disember 1958)
- Agak-nya saya telah salah menggunakan umor muda saya. Barang kali kerana saya banyak membacha pada waktu malam hari.
- Pengumuman bersara menjadi Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, dipetik di Berita Harian (24 Disember 1958)
- Bentok-lah jiwa perchaya kapada diri sendiri.
- Majlis perpisahan persaraan dipetik di Berita Harian (29 Disember 1958)
- Kechenderongan saya dalam hidup tertumpu ka-pada dua lapangan: ugama dan bahasa. Dalam ugama, saya berpendapat bahawa ugama bukan-lah hanya sembahyang sahaja melainkan dasar hidup murni.
- Majlis perpisahan persaraan dipetik di Berita Harian (29 Disember 1958)
- Kita belajar sejarah, tetapi kita tidak pernah belajar daripada sejarah.
- Dipetik di Berita Harian (5 April 1980)
- Kemajuan bahasa ialah cermin kemajuan fikiran bangsa yang mempunyai bahasa itu.
- Dipetik di Berita Harian (14 Ogos 1980)
- Jangan menaruhkan harapan kepada buah kuini yang wangi dan cantik warnanya itu, kerana isinya belum tentu sebaik baunya.
- Dipetik di Berita Harian (3 Disember 1980)
- Sabar dan kecerdasan berfikir adalah sesuatu yang tak dapat dinilai harganya.
- Dipetik di Berita Harian (23 Mac 1981)
- Akhlak yang baik dan budi bahasa yang tinggi sebaik-baik pusaka dalam hidup manusia.
- Dipetik di Berita Harian (30 Jun 1981)
- Yang lama tak bererti usang yang baru tidak bererti moden.
- Dipetik di Berita Harian (6 Oktober 1981)
- Degil biar pada tempatnya, tetapi jangan membinasakan diri.
- Dipetik di Berita Harian (5 Januari 1982)
- Tamak ialah seburuk-buruk sifat yang boleh membawa manusia lupa terhadap segala-galanya.
- Dipetik di Berita Harian (5 Februari 1982)
- Pengetahuan ugama benteng untuk menolak segala unsur-unsur yang merosakkan.
- Dipetik di Berita Harian (9 April 1982)
- Ilmu itulah gemala sakti.
- Dipetik di Berita Harian (19 Oktober 1982)
Petikan tentang Za’ba
[edit | edit source]- Here, I will mention the name of our Senior Malay Translator Che' Zainal Abidin bin Ahmad, who, under the pseudonym of Za’aba is known to every reader of the Malay newspapers, and to every Malay Guru in the country. He, I am happy to say, has proved the reliable mainspring of our new venture, and his energy and ability are deserving of the highest praise.
- Terjemahan: Di sini, saya akan menyebut nama Penterjemah Bahasa Melayu Kanan kami Cik Zainal Abidin bin Ahmad, yang, di bawah nama samaran Za’ba dikenali setiap pembaca surat khabar Melayu, dan setiap guru Melayu di negara. Beliau, gembira saya katakan, telah membuktikan sebab utama usaha baharu kami yang boleh diharap, dan tenaga dan kebolehannya layak akan pujian tertinggi.
- O.T. Dussek, Pengetua Maktab Latihan Sultan Idris, dipetik di Malaya Tribune (22 Julai 1929)
- Kedua2 mereka (Za’aba dan Munsyi) faseh dalam bahasa Arab dan saya perchaya sa-telah mendapat pendidekan ugama-lah maka lahir dalam jiwa mereka keinginan untok mempelajari pengetahuan2 yang lain.
- Dr Zaki Abdul Khair, pensyarah Universiti Malaya dalam ceramah Maulud Nabi Muhammad SAW, dipetik di Berita Harian (3 Oktober 1959)
Pautan luar
[edit | edit source]