Wq/ms/Wikiquote:Ejaan
Semasa menulis untuk Wikipetikan, sila ambil perhatian terhadap ejaan anda. Sebagai sebuah ensiklopedia, Wikipetikan tidak seharusnya mengandungi kesalahan ejaan. Pada dasarnya, kesalahan ejaan boleh dielakkan dengan:
- Mengamalkan sikap berhati-hati
- Tidak gopoh semasa menaip
- Merujuk kepada kamus sekirannya tidak pasti akan ejaan sesuatu perkataan.
Kesalahan ejaan bahasa Melayu yang biasa dijumpai[edit | edit source]
Satu masalah ejaan Bahasa Melayu yang biasanya dihadapi oleh masyarakat umum ialah ejaan kata terbitan, yakni ejaan untuk kata yang telah menerima imbuhan. Masalah ini timbul apabila sesetengah kata akan mengalami proses morfofonemik, dan sesetengah lagi tidak. Antaranya ialah:
- Bersukan, bukan besukan
- Memasukkan, bukan memmasukkan
Penggunaan bahasa Melayu baku[edit | edit source]
Jika anda ingin membuat rencana petikan, sila guna perkataan bahasa Melayu, bukannya bahasa Indonesia atau bahasa pasar seperti:
- Berjaya bukannya, Sukses
- Pandemik bukannya, Pandemi
Kata nama am dan khas[edit | edit source]
Jika petikan berkaitan dengan orang, sila tulis dengan huruf besar dihadapan. Seperti berikut:
- Tentang orang/nama filem/nama tempat/negara
- Mahatma Gandhi
- Ejen Ali
- Kuala Lumpur
- Malaysia
- Tentang Peribahasa/kata nama biasa:
- Bagai aur dengan tebing
- Khabar angin