Wq/ms/Sun Yat-sen

From Wikimedia Incubator
< Wq‎ | ms
Wq > ms > Sun Yat-sen

- Sun Yat-sen -

(Biodata)

Nama:Sun Yat-sen

Tarikh lahir:12 November 1866

Asal:Zhongshan,Guandong,China

Bapa China moden


Sun Yat-sen ialah seorang pemimpin politik dan revolusi China yang bergelar "bapa China moden". Sun memainkan peranan penting dalam penggulingan Dinasti Qing pada tahun 1911. Beliau meruapakan Presiden sementara yang pertama apabila Republik China (ROC) ditubuhkan pada tahun 1912 dan kemudiannya menubuhkan parti Kuomintang (KMT) yang menjadikan beliau sebagai pemimpin parti yang sulung. Sun merupakan tokoh yang menyumbang kepada perpaduan di China selepas zaman beraja, serta kekal unik dalam kalangan ahli politik China abad ke-20 kerana dihormati di Tanah Besar China dan Taiwan yang kini bertelagah.

Meskipun dianggap sebagai salah seorang pemimpin terhebat di China moden, kehidupan politik Sun banyak diselubungi pergelutan yang berterusan dan buangan berkali-kali. Selepas kejayaan revolusi, beliau tiba-tiba hilang kuasa di Republik China yang baru ditubuhkan masa itu, lalu memimpin sebilangan kerajaan revolusi berturut-turut sebagai cabahran kepada hulubalang-hulubalang yang mengawal kebanyakan wilayah negara. Sun meninggal dunia sebelum sempat melihat partinya mencapai pengukuhan kuasa di seluruh negara. Parti beliau yang membentuk perikatan yang renggang dengan parti Komunis, berpecah menjadi dua puak yang berbalah selepas peninggalan beliau. Pusaka utama peninggalan Sun terletak pada perkembangan falsafah politik beliau yang dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat (nasionalisme, demokrasi, dan kebajikan rakyat) yang masih mempengaruhi kerajaan China masa kini.

KATA-KATA HIKMAH[edit | edit source]

1."Bagaimanakah hak asasi manusia boleh dibangunkan untuk majoriti orang Cina? Satu-satunya cara ialah mengatur. Menyusun pekerja, petani, saudagar, industrialis, dan pelajar di peringkat akar umbi."

Sumber Petikan[edit | edit source]

1.https://www.brainyquote.com/authors/sun-yat-sen-quotes