Wq/ms/Sultan Sharafuddin Idris Shah

From Wikimedia Incubator
< Wq‎ | ms
Wq > ms > Sultan Sharafuddin Idris Shah
Janganlah perpaduan yang telah kita bina bersama sejak sekian lama ini kita runtuhkan hanya kerana kita mempunyai perasaan syak wasangka antara satu sama lain dan hilang rasa hormat sesama kita yang berlainan agama dan bangsa ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah (diputerakan 24 Disember 1945) ialah Sultan Selangor yang sekarang dan yang ke-9. Baginda juga ialah Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sejak 12 Mac 2022.

Petikan[edit | edit source]

  • Janganlah perpaduan yang telah kita bina bersama sejak sekian lama ini kita runtuhkan hanya kerana kita mempunyai perasaan syak wasangka antara satu sama lain dan hilang rasa hormat sesama kita yang berlainan agama dan bangsa ini.
    • Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-74; dipetik di Astro Awani (11 Disember 2019)
  • Cabaran atas dasar yang sama telah difailkan di Mahkamah Persekutuan oleh pemohon Nik Elin Nik Abdul Rashid untuk membatalkan 20 kesalahan jenayah Syariah yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan. Kes ini masih di peringkat pendengaran perbicaraan di Mahkamah Persekutuan. Namun apa yang membimbangkan adalah, andaikata keputusan mahkamah kelak memihak kepada pihak Pemohon, bermakna kesannya akan turut menjejaskan peruntukan-peruntukan kesalahan Jenayah Syariah yang sama yang terdapat dalam Enakmen negeri-negeri lain juga. Trend sebegini menggambarkan kedudukan Enakmen-enakmen negeri yang melibatkan peruntukan bagi kesalahan-kesalahan jenayah Syariah semakin tercabar yang sekali gus menjejaskan bidangkuasa Mahkamah Syariah di negeri-negeri untuk membicarakannya.
    • Titah ucapan sempena persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-70, dipetik di Astro Awani (28 Ogos 2023)