Jump to content

Wq/ms/Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar

From Wikimedia Incubator
< Wq | ms
Wq > ms > Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar

Sultan Ibrahim (diputerakan 22 November 1958) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17. Baginda juga ialah Sultan Johor yang sekarang dan yang ke-5.

Petikan

[edit | edit source]
  • From my great-grandfather, we were great hunters. I make sure when I go hunting, I bring back nice game. But when I’m in KL, it’s a concrete jungle, so what do I hunt? I’m going to hunt all the corrupt people. I make sure I bring results.
    • Terjemahan: Daripada moyang saya, kami adalah pemburu yang hebat. Saya akan pastikan apabila saya pergi memburu, saya membawa balik hasil yang bagus. Tetapi apabila saya di Kuala Lumpur nanti, ia adalah hutan konkrit, jadi apa yang saya buru? Saya akan memburu semua orang yang korup. Saya akan pastikan saya membawa hasil.
    • Temu bual The Straits Time; dipetik di Berita Harian (10 Disember 2023)
  • Saya mahu ingatkan, Parlimen ini adalah tempat untuk penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan dan Yang Berhormat (YB) semua adalah penggubalnya. Adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal untuk mematuhi peraturan yang dibuat. Justeru, saya harap semua ahli akan menunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di Dewan ini.
    • Titah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, dipetik di Berita Harian (26 Februari 2024)