Wq/ms/Rosli Abdullah

From Wikimedia Incubator
< Wq‎ | ms
Wq > ms > Rosli Abdullah

Rosli Abdullah ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Dewan Undangan Negeri Melaka untuk sidang ke-15. Beliau menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Kuala Linggi setelah menang dalam pilihan raya negeri Melaka 2021 yang lalu. Kawasan DUN Kuala Linggi berada di bawah kawasan parlimen Masjid Tanah.

Petikan[edit | edit source]

  • Alhamdulillah [saya] sudah lama kita memohon untuk menaik taraf bangunan pasar ini [Pasar Basah Kuala Sungai Baru], akhirnya ia dapat dilaksanakan sekali gus membawa imej baharu pasar basah yang cukup terkenal dengan tarikannya tersendiri dan mampu merancakkan lagi pelancongan dan ekonomi setempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi.
  • Mungkin selepas ini nelayan boleh jana pendapatan tambahan. Beberapa jeti nelayan sedia ada kita akan naik taraf biarlah mereka dapat jalankan aktiviti menangkap ikan dengan lebih selesa. Kita akan pastikan jeti-jeti nelayan dan kawasan meletak bot [dalam kawasan DUN Kuala Linggi] akan dinaik taraf untuk keselesaan mereka [nelayan].

Pautan luar[edit | edit source]