Wq/ms/Pendekar Bujang Lapok

From Wikimedia Incubator
< Wq‎ | msWq > ms > Pendekar Bujang Lapok
Jump to: navigation, search

Pendekar Bujang Lapok merupakan sebuah filem terbitan tahun 1959 arahan P. Ramlee.

  • P. Ramlee sebagai Ramli
  • Aziz Sattar sebagai Ajis
  • S. Shamsuddin sebagai Sudin
  • Mustarjo sebagai Wak Mustar

Wak Mustar[edit]

  • Ini dia pendekar Kampung Pinang Sebatang.
  • Isk, isk, isk, isk. Angin tak ada, ribut tak ada, mau-mau, hujan turun. Aini, angkat kain jemuran, hujan dah turun!

Monolog[edit]

  • Hei mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin, mambang berasal dari gunung si mambang, berdampinglah dengan ku wahai si mambang, hanya itulah pesan ku wahai mambang.
  • Cubaan...

Dialog[edit]

Ajis: Hei, apalah kau pergi siram kepala orang tua tu?
Sudin: Mana aku nampak lah. Tengah aku tengok si Ros terkedek-kedek jalan, tiba-tiba aku tersiram dia. Apa lagi. "Aini, angkat kain hujan, jemuran dah turun"




Ros: Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah-tengah.
Ramli: Matanya ada satu saja ya cikgu? Ada ekor? Atas tanah? Huruf mambang tanah!"
Kelas: Mambang tanah!? Hahhahhahhahahha.....
Ros: Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim!
Ramli: Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tak jauh?
Kelas: Jin dengan mambang!? Hahhahhahhahahha .....
Ros: Dah ! Aaa .. Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja.
Ajis: Oooo .. dia tak ada mata? Sama sama jin? Ooo .. jin mata buta la cikgu.
Kelas: Mata buta!? Hahhahhahhahahha.....
Ros: Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis ... Yang ini huruf Ha ! Aa... sekarang Cik Sudin pulak .
Sudin: Saya, cikgu.
Ros: Aa.. kenal tak dengan huruf ini?
Sudin: Saya kenal cikgu.
Ros: Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas.
Sudin: Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng !
Kelas: Tonceng?! Hahhahhahhahahha .....
Ros: Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat.
Pak Abu: Cikgu ...
Ros: Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak.
Pak Abu: Yang mana?
Ros: Yang ini ...
Pak Abu: Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M
Ros: Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha!
Pak Abu: Huruf Khaaa ?