Wq/ms/Mahathir Mohamad
Appearance
Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh.
Petikan
[edit | edit source]- Kami mahukan setiap orang di Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban untuk mempunyai kesedaran, identiti, dan cita-cita sebagai rakyat Malaysia.
- dipetik di Kit Siang sanggah kenyataan Tun M Berita Harian 1 Januari 2021.
- History should remember Blair and Bush as the killers of children or as the lying prime minister and president.
- Terjemahan: Sejarah mesti mengingati Blair dan Bush sebagai pembunuh kanak-kanak atau sebagai perdana menteri dan presiden yang berbohong.
- dipetik di Bush and Blair, 'children killers' PressTV, 09 Oktober 2007.
- Kami (kerajaan Malaysia) mesti mengelakkan rasuah. Oleh itu, kami akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melakukannya. Walaupun ia adalah pegawai tinggi.
- dipetik di Pada Tahun Ini, Mahathir Mohamad Punya Satu Keinginan Besar KompasTV, 2 Januari 2019
- Kami tidak akan membalas dendam. Yang kita mahukan adalah mengembalikan kedaulatan undang-undang.
- dipetik di Menang, Mahathir Mohamad Kembali Jadi PM Malaysia di Usia 92 Tahun Liputan6, 10 Mei 2018.
- Inilah Malaysia di mana kita mempercayai peraturan undang-undang. Khabar angin ini dilihat bertentangan dengan peraturan undang-undang sekiranya benar.
Ini adalah kisah-kisah yang menakutkan dan saya harap perkara itu tidak benar. Saya tidak mempunyai bukti untuk menunjukkan perkara itu benar, tetapi khabar angin itu terus berleluasa.
Mereka beritahu saya untuk tidak mengatakan apa-apa. Ia boleh menyakitkan hati saya. Tetapi ini bukan Amerika Syarikat (AS). Inilah Malaysia. Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku.- dipetik di Salah guna kuasa wujud di Malaysia - Dr Mahathir Astro Awani, 2 Januari 2021.
- Sekatan dan kekangan akibat dari COVID-19 yang tidak dapat dielak telah turut dialami oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa perayaan lain.
Walaupun ia dapat membuat kita rasa tertekan dan juga sedih, perlu kita ingatkan diri bahawa ini adalah satu cabaran hidup yang perlu kita dihadapi.
Sudah hampir satu tahun kita berhadapan dengan pandemik ini. Harapan tinggi diletak kepada vaksin yang mungkin dapat mengembalikan kehidupan yang normal seperti yang biasa kita lalui.- dipetik di Nasihat Tun Dr Mahathir buat rakyat Malaysia... Astro Awani, 24 Disember 2020
- Pada masa ini kita tidak nampak sesiapa dalam kerajaan yang fikir tentang negara mereka hanya fikir mahu negara jadi hak mereka. Kita perlu wujudkan semula dasar majukan negara bukan untuk diri sendiri dan parti sendiri.
- dipetik di Kerajaan berisiko tumbang esok: Dr Mahathir Sinar Harian, 14 Disember 2020.
- Ini satu pendekatan yang baik. Ada masanya rakyat juga sudah bosan dengan politik parti. Ada kebaikan jika kita ada kerajaan nasional yang tidak mengutamakan politik parti.
Saya masih berpendapat pada waktu ini, kalau kita mahu kurangkan politik, kita ketepikan parti, kita utamakan negara,- dipetik di Kerajaan perpaduan masa depan Malaysia: Dr Mahathir Sinar Harian, 15 November 2020
- We (Muslim) are actually very strong, 1.3 billion people cannot be simply wiped out. The Europeans killed 6 million Jews out of 12 million. But today the Jews rule the world by proxy. They get others to fight and die for them
- Terjemahan: Kami (Muslim) sebenarnya sangatlah kuat, 1.3 bilion orang tidak boleh dihapuskan begitu saja. Orang Eropah membunuh 6 juta orang Yahudi daripada 12 juta. Tetapi hari ini orang Yahudi memerintah dunia dengan proksi. Mereka membuat orang lain untuk berperang dan mati untuk mereka.
- dipetik dalam ucapan ke puncak negara 57 negara Islam, 16 Oktober 2003 dan Mahathir attack on Jews condemned CNN, 17 Oktober 2003.
- Saya nak jadi setelus yang boleh. Saya hendak beritahu rakyat Malaysia bahawa saya gembira dengan harga yang kita dapat dari Pfizer, jika saya boleh bercakap tentang harga itu sekarang.
- dipetik di Perjanjian vaksin perlu dilakukan secara terbuka - Dr M MalaysiaKini, 31 Disember 2020.
- Saya bersyukur saya dapat hidup lebih lama berbanding yang saya jangkakan. Saya fikir 75 tahun sudah cukup pada saya tapi sekarang saya sudah 94 tahun, ini adalah bonus dan saya sangat bersyukur.
- dipetik di Syukur umur sampai 94 tahun, ia suatu bonus - Tun Dr Mahathir Astro Awani, 3 Jun 2020
Pautan luar
[edit | edit source]