Jump to content

Wq/ms/Linus Torvalds

From Wikimedia Incubator
< Wq | ms
Wq > ms > Linus Torvalds

Linus Torvalds ialah pencipta inti Linux.

  • Saya membuat sebuah sistem pengendalian (bebas) (sekadar hobi, bukan besar dan profesional seperti GNU) untuk klon-klon AT 386(486).
  • Saya (hampir-hampir) mendengar anda bertanya "kenapa?". Hurd akan disiapkan dalam masa setahun lagi (atau dua, atau bulan depan, mana tahu?) akan tetapi saya sudah pun memiliki Minix.
  • Barangkali Dijkstra membenci saya.
  • Saya mempunyai ego sebesar sebuah planet kecil.
  • Nama saya ialah Linus Torvalds dan saya adalah tuhan anda.
  • Adakah anda merindui hari-hari di mana manusia adalah manusia dan mereka menulis pemacu peranti mereka sendiri?
  • Tugas anda ialah menjadi seorang profesor dan penyelidik: Demikian ialah suatu alasan yang sangat baik untuk beberapa kerosakan otak dalam Minix.
  • Jika anda memerlukan lebih daripada 3 peringkat inden, anda malang juga, dan ada hendaklah membaiki atur cara anda.
  • Anda tahu anda bijaksana, tapi anda mungkin perlu memahami apa anda lakukan pada 2 minggu dari sekarang.
  • Sekumpulan monyet dengan jumlah yang tidak terhingga menaip dalam GNU emacs tidak akan menghasilkan sebuah atur cara yang baik.
  • Sebab utama ketiadaan peranti mentah [dalam Linux] ialah, secara peribadi, saya fikir peranti mentah adalah pendapat yang bodoh.
  • Beberapa orang telah memberitahu saya bahawa mereka tidak fikir yang seekor penguin gemuk benar-benar melambangkan kecantikan Linux, yang membuatkan saya fikir yang mereka tidak pernah melihat seekor penguin yang mengamuk dan menyerbu mereka pada halaju melebihi 100 batu sejam. Kalau ya, mungkin mereka akan lebih berhati-hati terhadap perkataan mereka.
  • Orang bacul sahaja yang menggunakan sandaran pita: lelaki _sebenar_ hanya memuat naik fail-fail mereka menggunakan FTP, dan membiarkan orang lain dari seluruh dunia menyalinnya ;)
  • ...falsafah Linux ialah 'bersuka ria ketika dalam bahaya'. Oops. Silap. 'Buat sendiri'. Itulah dia.
  • Tengok, anda bukan sahaja perlu menjadi penulis kod yang baik untuk mencipta sebuah sistem seperti Linux, anda juga perlu menjadi seorang keparat yang banyak helah ;-)
  • Kebolehalihan adalah untuk golongan yang tidak reti menulis atur cara baru.
  • Kalau anda kata "saya menulis sebuah atur cara yang meruntuhkan Windows", orang lain hanya akan merenung anda dan berkata, "Hey, saya dapat semua itu dengan sistem ini, *dengan percuma*".
  • Kalau anda masih tidak menyukainya, itu O.K.: itu sebab saya bos. Saya lebih arif daripada anda.
  • Perhatikan bahawa tiada sesiapa yang membaca semua kiriman dalam linux-kernel. Untuk makluman, tiada sesiapa yang menyangka mempunyai masa terluang untuk melakukan tugas inti sebenar akan membacanya walaupun separuh. Kecualilah Alan Cox, tetapi sebenarnya dia bukan manusia, sebaliknya seribu ekor gnome yang berkerja di gua-gua bawah tanah di Swansea. Pun begitu, tiada juga gnome yang membaca semua kiriman, mereka hanya bekerja beramai-ramai dengan baik.
  • Cakap sahaja tak ada guna. Tunjukkan kod itu kepada saya.
  • Saya adalah seorang keparat. Saya langsung tak tahu kenapa orang lain mahu fikir sebaliknya. Akan tetapi, mereka fikir macam itu juga. Mereka fikir saya adalah seorang yang baik, akan tetapi saya sebenarnya adalah seorang keparat yang suka mengatur dan meninggi diri yang tidak menghiraukan perasaan orang lain atau berjam-jam kerja yang ditinggalkan, asalkan ia hanya menghasilkan apa yang saya anggap sebagai sebuah sistem yang lebih baik. Dan saya bukan sekdar cakap sahaja. Saya memang bukan seorang yang baik. Saya boleh kata "saya tak kisah" dengan muka selamba, dan memang bermaksud demikian.
  • Pendek kata: hanya katakan TIDAK KEPADA DADAH, dan anda mungkin tidak menjadi seperti golongan Hurd.
  • Adakah "saya harap anda semua mati dengan penuh kesakitan" terlalu biadap?
  • Secara peribadi, saya _tidak_ berminat menjadikan pemacu peranti nampak seperti pada aras pengguna. Ia bukan, tidak patut, dan inti-inti mikro memang bodoh.
  • Mereka menghisap kokain.
  • Saya tuduh SCO penuh dengannya.
  • Siapa yang boleh, sila buat. Siapa yang tak boleh, sila adukan.
  • Sebenarnya, saya bukan mahu menghancurkan Microsoft. Itu hanyalah kesan sampingan yang langsung tidak disengajakan.
  • Komputer-komputer peribadi moden adalah teruk. ACPI ialah sebuah bencana reka bentuk dari setiap sudut. Akan tetapi, kita terpaksa hidup dengannya. Jika mana-mana orang Intel yang mendengar ini dan anda terlibat dalam ACPI, tembak diri anda sendiri sebelum anda menghasilkan zuriat.
  • Secara harfiah, terdapat beberapa aras kesalahan SCO. Dan walapun kita hidup di dalam suatu alam lain yang SCO sepatutnya betul, mereka tetap salah.
  • "Ujian regresi"? Apa itu? Kalau ia boleh dikompil, ia sudah baik, kalau ia boleh dibut, ia sudah sempurna.
  • Sindrom NIH (Not Invented Here - Bukan Dicipta di Sini) adalah penyakit.
  • Sesiapa yang beritahu saya bahawa saya tidak boleh menggunakan sesebuah atur cara kerana ia bukan sumber terbuka, pergi layan RMS (Richard Stallman). Saya tidak berminat. 99% daripada apa yang saya jalankan adalah sumber terbuka, tetapi itu pilihan _saya_, celaka!
  • Ramai orang masih menyukai Solaris, akan tetapi saya bersaing dengan mereka, oleh itu saya harap mereka mati.
  • 2.6.<ganjil>: masih merupakan sebuah inti yang stabil, tetapi menerima perubahan lebih besar (jangka masa: sebulan dua).
    2.<ganjil>.x: mensasarkan perubahan-perubahan besar yang boleh mengurangkan kestabilan inti bagi beberapa lepasan (jangka masa: setahun dua).
    <ganjil>.x.x: Linus menjadi gila, merosakkan _semuanya_ sekali, dan menulis semua inti menjadi sebuah inti mikro menggunakan Visual Basic versi khas penyerah mesej (jangka masa: "kami jangka bahawa beliau akan dilepaskan daripada pusat rawatan mental dalam masa sedekad dua").
  • Saya mahu berkata bahawa saya tahu perkara ini akan terjadi, bahawa ini semua adalah sebahagian daripada rancangan penaklukan dunia.
  • Fikiran siapa yang betul? Sudah tentu saya. Menurut takrifan, sesiapa yang tidak setuju dengan saya adalah gila. (Sehinggalah saya menukar fikiran saya, di mana mereka boleh tiba-tiba menjadi rakyat yang sebenarnya. Saya fleksibel dan bukan hitam putih.)
  • Saya rasa _amat_ lega kerana dapat menukar kepada mengatur cara dalam mod pengguna. Tidak perlu menjaga perkara kecil adalah menakjubkan.
  • Saya pilih 1000 asalnya sebagai satu langkah untuk memastikan bahawa mereka yang menganggap bahawa HZ adalah 100 akan disepak serta-merta.
  • Saya selalu betul. Kali ini saya hanya lebih betul daripada biasa.
  • Makluman bahawa ACIP telah direka bentuk oleh sekumpulan monyet yang sedang khayal LSD, dan merupakan satu daripada reka bentuk terburuk dalam industri ini jelas menunjukkan bahawa menjalankannya pada _mana-mana_ takat sungguh hodoh.
  • Menjadikan Linux sebuah perisian GPL pastinya merupakan perbuatan terbaik yang saya pernah lakukan.
  • Secara peribadi, saya menggalakkan orang lain beralih kepada KDE saja. Mentaliti Gnome bahawa "pengguna adalah dungu, dan dikelirukan oleh kefungsian" adalah suatu penyakit. Kalau anda fikir pengguna anda adalah dungu, hanya orang dungu yang akan menggunakannya. Saya tidak menggunakan Gnome, kerana dalam usaha untuk menjadi ringkas, ia telah lama mencapai takat di mana ia tidak melakukan apa yang saya mahu. Tolonglah, suruh saja orang lain menggunakan KDE.
  • Pendapat peribadi saya terhadap Mach tidaklah terlalu tinggi. Secara jujur, ia adalah sampah. Ia mengandungi semua kesalahan reka bentuk yang anda boleh buat, sampai boleh menghasilkan kesalahan-kesalahan sendiri.
  • Sebagai contoh, GPLv2 tidak pernah mengehadkan penggunaan perisian tersebut. Jika anda adalah seorang saintis gila, anda boleh menggunakan perisian GPLv2 untuk rancangan jahat anda untuk menakluk dunia ("ikan jerung dengan senjata laser di kepala!!"), dan GPLv2 hanya menyuruh anda supaya memberikan kod sumber itu balik. Dan itu O.K. bagi saya. Saya suka ikan jerung berlaser. Saya cuma mahu saintis-saintis gila di dunia itu membalas semula jasa saya dengan baik. Saya mendedahkan kod sumber saya kepada mereka, mereka perlu mendedahkan perubahan-perubahan mereka kepada saya. Selepas itu, mereka boleh membakar saya dengan laser-laser ikan jerung mengikut suka hati mereka.
  • Tengok. Saya tidak memikirkan apa-apa fikiran baru. Saya fikir fikiran yang telah difikirkan oleh orang lain, dan saya susunnya semula. Tetapi Sara, dia fikir fikiran yang tidak pernah difikirkan sebelum ini.
  • Pada kebanyakan hari, saya bangun dari tidur sambil memikirkan bahawa sayalah keparat yang paling bertuah.
  • Saya suka diff (perbezaan) berwarna, tetapi mengakulah, pilihan-pilihan warna itu boleh menyebabkan kebanyakan orang memutuskan untuk mengkorek mata mereka dengan garpu fondue. Dan itu tidak bagus. Menggali dalam lubang mata denga garpu fondue secara tegas dianggap membahayakan kesihatan, dan tujuh daripada sembilan pakar mata membantah amalan tersebut.
  • Untuk maklumat, saya akan memberitahu bahawa perbezaan antara pengaturcara yang buruk dan pengaturcara yang baik ialah adakah dia mementingkan kod atau struktur-struktur data. Pengaturcara yang buruk risau akan kod. Pengaturcara yang baik risau akan struktur-struktur data dan hubungannya.
  • EFI ialah satu lagi kerosakan otak Intel (yang mula-mula ialah ACPI).
  • Saya mendakwa bahawa golongan Mach (dan nampaknya FreeBSD) adalah sekumpulan dungu yang tidak berdaya saing.
  • ... walaupun Hurd tidak bergantung pada kod Linux (dan setahu saya, ya, tetapi sebab saya fikir bahawa mereka hanya mempercayai inti mikro, saya tak pernah rasa berbaloi untuk melihat kod mereka), saya tidak percaya bahawa sebuah komuniti pembangun yang terlalu taksub boleh menghasilkan kod yang sama baik, melainkan dengan tuah.
  • Saya berpegang kuat kepada kepercayaan evolusi (bukan dari sudut bahawa ia "telah berlaku" - sesiapa yang tidak percayakannya adalah jahil atau gila, akan tetapi dari sudut bahawa "proses-proses evolusi adalah asas, dan sekurang-kurangnya perlu _difikirkan_ dalam segala konteks").
  • Dalam kata mudah, saya adalah seorang yang amat pemalas yang suka mendapat nama atas hasil orang lain.
  • Lagi ramai pemerhati, lagi banyak pepijat dihapuskan.
  • Ia adalah satu daripada inti-inti "sempurna" yang susah dijumpai. Jadi, kalau ia tidak boleh dikompil dengan tatarajah anda (atau melakukan hubungan luar tabii dengan anjing dachshund anda), anda sepatutnya lega kerana mengetahui bahawa semuanya adalah salah anda, dan anda perlu membaiki kaedah-kaedah jahat anda.
  • Anda cuba mendakwa bahawa GPLv3 menghasilkan "lebih banyak pembangun", dan itu, wahai rakan penaku, hanyalah cakap karut yang direka-reka.
  • C++ ialah sebuah bahasa yang teruk. Lebih teruk lagi apabila ramai pengaturcara bawah standard yang menggunakannya, sampai pada takat di mana adalah lebih mudah untuk menghasilkan sampah dengannya.
  • C++ berada dalam keadaan yang mana ia tidak membantu menjadikan sesuatu perkara cukup ringkas untuk digunakan dalam pemprototaipan atau pengaturcaraan GUI ringkas, dan bukan bahasa pengaturcaraan sistem kemas seperti C yang menggalakkan anda menggunakan konstruk ringkas dan terang.
  • Itu burung... itu kapal terbang... tidak, itu Orang Inti, lebih pantas daripada peluru, menyelamatkan anda. Membuat inti versi baru dalam kurang daripada 5 saat... (Linus mengumumkan 1.3.27)
  • Saya rasa Leopard adalah sebuah sistem yang lebih baik [daripada Windows Vista]... tetapi kadang-kadang OS X sebenarnya lebih teruk daripada Windows jika anda mahu menulis atur cara untuknya. Sistem fail mereka adalah sampah, yang menakutkan.
  • Dan apalah Internet tanpa Rick-roll?
  • Tiada siapa harus mula mengambil alih suatu projek besar. Anda bermula dengan suatu projek _remeh_ yang kecil, dan jangan menjangka bahawa ia akan menjadi besar. Jika tidak, anda hanya akan mereka bentuk secara berlebihan dan memikir secara umum bahawa projek itu lebih penting daripada sepatutnya pada waktu itu. Atau, lebih buruk lagi, anda mungkin akan lari ketakutan kerana saiz karya wawasan anda yang terlampau besar. Jadi, bermulalah secara kecil-kecilan, dan fikirkanlah tentang perkara-perkara kecil. Jangan fikir tentang gambaran besar dan reka bentuk yang berlebih-lebihan. Jika projek itu tidak menyelesaikan sebarang keperluan segera, maka sudah tentulah projek itu telah direka bentuk secara berlebihan. Dan jangan menjangka bahawa orang lain akan datang dan menolong anda. Itu bukan cara benda ini dijalankan. Anda hendaklah menjadikannya separuh _berguna_ terlebih dahulu, dan kemudian oang lain akan berkata "hei, benda itu _hampir-hampir_ berguna untuk saya", dan mereka akan melibatkan diri dalam projek tersebut.
  • Saya rasa orang lain boleh mempercayai saya secara umum, akan tetapi mereka boleh mempercayai saya semata-mata kerana mereka tahu bahawa mereka tak _perlu_ [mempercayai saya].
  • Golongan keselamatan selalunya merupakan orang jenis hitam putih yang saya tak boleh tahan. Saya fikir golongan OpenBSD ialah sekumpulan monyet yang melakukan onani, yang mana mereka terlalu memberatkan aspek keselamatan sehingga pada tahap mereka mengaku bahawa perkara lain tidak penting bagi mereka.
  • Inilah yang saya panggil "onani fikiran", iaitu apabila anda terlibat dalam suatu amalan intelek tanpa tujuan yang tidak bermakna.
  • Kadangkala, "pi = 3.14" adalah (a) lebih cepat daripada jawapan yang "betul" dan (b) beza antara jawapan "betul" dan jawapan "salah" tidak bermakna. Dan inilah sebabnya saya merasa kecewa apabila seseorang mengabaikan hal-hal prestasi kerana mahukan "yang betul". Masalahnya, suatu nilai palsu "yang betul" selalunya tidak relevan kerana ia tidak penting. Sedangkan prestasi _selalunya_ lebih penting. Dan saya langsung _membenci_ bahawa orang lain selalu bersedia untuk mengabaikan prestasi.