Wq/ms/Burhanuddin al-Helmi
Appearance
Burhanuddin al-Helmi ialah seorang tokoh politik Malaysia. Beliau terlibat dalam gerakan kemerdekaan Tanah Melayu dan pernah menerajui beberapa gerakan politik Tanah Melayu.
Petikan
[edit | edit source]Bangsa Melayu
[edit | edit source]- "Saya dukacita mendapati bahawa orang Melayu telah berpecah disebabkan fahaman politik mereka"
- Ucapan pada majlis bacaan Quran di ibu pejabat PAS cawangan Pulau Pinang di Jelutong, disiarkan dalam Berita Harian (19 Mei 1958)
- "Bangsa Melayu bukan sahaja terdiri dari tiga juta yang ada di Malaya sahaja. Sebagaimana pergolakan nasionalisme Arab, demikianlah juga pergolakan bangsa Melayu untuk mendirikan sebuah negara Melayu Raya.Tidak ada kuasa imperialis pun yang boleh menghalang berlakunya pergolakan ini"
- Ucapan semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan Dewan Muslimat PAS dan Dewan Pemuda PAS, disiarkan dalam Berita Harian (25 Disember 1958)
- Kongres Kebudayaan di Melaka telah memutuskan bahawa teras kebudayaan nasional ialah kebudayaan Melayu yang bersendikan Islam. Tetapi Radio Malaya nampaknya telah menyiarkan bermacam-macamsiaran bercorak kebudayaan yang bercampur aduk seperti yang kita dengar pada tiap pagi itu.
- Ucapan sebagai Ahli Parlimen Besut dalam sidang Dewan Rakyat, disiarkan dalam Berita Harian (9 Ogos 1960)
Islam
[edit | edit source]- "Perbuatan mencerca dan mencaci orang lain adalah salah dan dilarang oleh ugama dan Tuhan"
- Ucapan pada persidangan perwakilan cawangan dan ranting PAS Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput dan Ulu Perak di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, disiarkan dalam Berita Harian (23 Oktober 1958)
- "Untuk menjadi seorang Islam yang bai, kita harus mengikuti ajaran Nabi Besar Muhammad S.A.W"
- Ucapan dalam majlis maulidur rasul, disiarkan dalam Berita Harian (19 September 1960)
Undang-undang kerakyatan
[edit | edit source]- "Orang asing mudah menjadi rakyat negeri ini. Sama mudahnya seperti kita beli belacan di pasar."
- Ucapan mengkritik dasar kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, dalam majlis penubuhan Dewan Ulama PAS Kedah, disiarkan dalam Berita Harian (6 November 1958)
- "Sekali pun kita telah merdeka menurut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, namun saki baki siasah penjajahan pintu terbuka masih dirasai oleh rakyat Melayu"
- ulasan mengenai dasar kerakyatan terbuka atau jus soli, dalam pidato pilihan raya menerusi Radio Malaya, disiarkan dalam Berita Harian. (28 Julai 1959)
- "Bangsa Melayu dirugikan oleh undang-undang (kerakyatan Persekutuan) itu kerana hak kita sedikit demi sedikit hilang"
- Ucapan dalam ceramah PAS di Jalan Eunos, Singapura, disiarkan dalam Berita Harian (8 Oktober 1959)
Politik Malaysia
[edit | edit source]- "Kalau untuk kepentingan baik negeri ini,maka Tengku (Abdul Rahman) hendaklah menyuruh Menteri-menteri lain meletakkan jawatan juga dan membenarkan sebuah kerajaan sementara berkuasa hingga pilihan raya nanti"
- Respons kepada perletakan jawatan Tunku Abdul Rahman daripada jawatan Perdana Menteri, disiarkan dalam Berita Harian. (11 Februari 1959)
- "PAS tidak pernah menuduh UMNO kafir atau mengkafirkan sesiapa pun orang Islam. PAS adalah sedar bahawa yang diperjuangkannya ialah cita-cita Islam. PAS sedar apa yang diperjuangkan oleh UMNO menurut dasar-dasar UMNO itu dan dasarnya dengan Perikatan sekarang ini. Maka kerana perbezaan ideologi dan pendirian dan sikap untuk mencapai cita-cita yang diperjuangkan inilah datangnya perbezaan dan perlawanan. Dasar perjuangan PAS bukanlah kafir mengkafirkan sesiapa pun orang Islam. Tidak pernah sekalipun PAS berkata hendak mengkafirkan sesiapa pun orang Islam. PAS bertujuan dan memperjuangkan cita-cita Islam dan hendak membela hak ketuanan Melayu kerana itulah yang dikatakan hak dan keadilan yang sebenarnya. Memperjuangkan hak dan keadilan itu adalah suruhan Islam. PAS hendak mendirikan dan mewujudkan masyarakat Islam di atas semua ideologi dan cita-cita manusia sebagaimana yang disebut oleh Hadis yang bererti: Islam itu tinggi, tidak ada yang lain mengatasi ideologinya." Dan Quran juga mengatakan: "Kamulah sebaik-baik umat dikeluarkan di tengah-tengah masyarakat manusia". Dan di dalam pergolakan dan perbalahan faham, Tuhan juga telah menegaskan kedudukan umat Islam itu sebagai umat yang umatan wasatan iaitu umat pertengahan supaya menjadi saksi di atas semua manusia. Maka berpandukan Hadis dan Quran inilah,PAS memperjuangkan hak-hak Islam itu untuk mewujudkan masyarakat Islam yang telah menjadi pusaka turun temurun bangsa Melayu supaya dapat dikekalkan. Dan inilah yang menjadi isi masyarakat dan isi kebangsaan serta isi kemerdekaan negeri kita ini."
- Kenyataan kepada Berita Harian sebagai mengulas tuduhan PAS mengkafirkan UMNO, disiarkan dalam Berita Harian (21 Julai 1959)
- Kita mestilah memperjuangkan hak-hak kita yang sebenarnya dalam negeri ini
- Ucapan dalam majlis penubuhan PAS cawangan Bagan Ajam, Pulau Pinang, disiarkan dalam Berita Harian. (8 Januari 1960)
- Andaikata kita tidak mengambil perhatian yang berat dalam soal kebajikan dan kebaikan orang-orang kita, keadaan kita yang ada sekarang ini akan terugut
- Ucapan dalam majlis penubuhan PAS cawangan Bagan Ajam, Pulau Pinang, disiarkan dalam Berita Harian. (8 Januari 1960)
- Kemerdekaan negeri ini belum bererti selagi kemerdekaan ekonomi, pelajaran, politik dan tentera belum berada dalamtangan anak Melayu sendiri
- Ucapan dalam rapat umum PAS di Jejawi, Perlis, disiarkan dalam Berita Harian (1 Disember 1962)