Wp/pse/Emas
- Penggunaan lain: emas (nyahkekaburan)
Template:Elementbox header Template:Elementbox series Template:Elementbox groupperiodblock Template:Elementbox appearance img Template:Elementbox atomicmass gpm Template:Elementbox econfig Template:Elementbox epershell Template:Elementbox section physicalprop Template:Elementbox phase Template:Elementbox density gpcm3nrt Template:Elementbox densityliq gpcm3mp Template:Elementbox meltingpoint Template:Elementbox boilingpoint Template:Elementbox heatfusion kjpmol Template:Elementbox heatvaporiz kjpmol Template:Elementbox heatcapacity jpmolkat25 Template:Elementbox vaporpressure katpa Template:Elementbox section atomicprop Template:Elementbox crystalstruct Template:Elementbox oxistates Template:Elementbox electroneg pauling Template:Elementbox ionizationenergies2 Template:Elementbox atomicradius pm Template:Elementbox atomicradiuscalc pm Template:Elementbox covalentradius pm Template:Elementbox vanderwaalsrad pm Template:Elementbox section miscellaneous Template:Elementbox magnetic Template:Elementbox eresist ohmmat20 Template:Elementbox thermalcond wpmkat300k Template:Elementbox thermalexpansion umpmkat25 Template:Elementbox speedofsound rodmpsatrt Template:Elementbox youngsmodulus gpa Template:Elementbox shearmodulus gpa Template:Elementbox bulkmodulus gpa Template:Elementbox poissonratio Template:Elementbox mohshardness Template:Elementbox vickershardness mpa Template:Elementbox brinellhardness mpa Template:Elementbox cas number Template:Elementbox isotopes begin Template:Elementbox isotopes decay Template:Elementbox isotopes decay2 Template:Elementbox isotopes stable Template:Elementbox isotopes decay Template:Elementbox isotopes decay Template:Elementbox isotopes end Template:Elementbox footer
Emas atau Mas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut,bling bling, dan logam asli yang paling senang ditempa dan mulur. Emas ori mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas ialah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Piawaian emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.
Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan dengan logam lain, emas ori secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam raksa (merkuri) dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.
Emas ialah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman lapok lagi. Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009.[1] Jumlah ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia ialah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.
Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan pengalir elektrik yang sangat bagus.
Kod mata wang ISO bagi emas ialah XAU.