Wp/bdr/Perlis

Coordinates: 6°30′N 100°15′E / 6.500°N 100.250°E / 6.500; 100.250
From Wikimedia Incubator
< Wp‎ | bdr
Wp > bdr > Perlis
Perlis
ڤرليس
Flag of Perlis ڤرليس‎
Coat of arms of Perlis ڤرليس‎
Nickname: 
Indera Kayangan
Anthem: Amin Amin Ya Rabaljalil
   Perlis di    Malaysia
   Perlis di    Malaysia
Coordinates: 6°30′N 100°15′E / 6.500°N 100.250°E / 6.500; 100.250
Ibu negeriKangar
Bandar dirajaArau
Government
 • TypeParlimen Raja berperlembagaan
 • RajaTuanku Syed Sirajuddin
 • Menteri BesarMohd Shukri Ramli
Area
 • Total819 km2 (316 sq mi)
Highest elevation733 m (2,405 ft)
Population
 (2020)[2]
 • Total284,885
 • Density350/km2 (900/sq mi)
Bahasa
 • Bahasa RasmiBahasa Melayu Standard
 • Bahasa pertuturanBahasa Melayu Kedah, Hokkien, Thai, Mandarin
Penubuhan
 • Penubuhan Kota Sena sebagai ibu negeri Kedah1653
 • Negeri Vasal Siam diperintah oleh Raja Long Krok1839
 • Kerajaan terbentuk apabila Syed Hussain dilantik sebagai Raja oleh Siam20 April 1843
 • Dimasukkan di dalam Persekutuan Tanah Melayu1 February 1948
 • Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu31 August 1957
Poskod
01xxx sehingga 02xxx
Kod panggilan04
Vehicle registrationR
IPM (2019)0.805 (sangat tinggi) (ke-9)
Websitewww.perlis.gov.my www.perlisroyalty.gov.my

Perlis (Malay: ڤرليس‎, Thai: ปะลิส Pâlit, ปลิศ Palit atau เปอร์ลิศ Perlis)[4] merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Wilayah Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat setelah kerajaan Siam melantik Raja Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis.[5]

Perlis mempunyai keluasan sebanyak 821 kilometer persegi menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia. Pada tahun 2020, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 284,885 orang dengan majoritinya merupakan bumiputera iaitu 88.8 peratus dari jumlah penduduk.[2]

Geografi[edit | edit source]

Sungai Perlis

Perlis merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia bersempadan dengan negara Thailand di utara, negeri Kedah di selatan dan Selat Melaka di barat. Perlis mempunyai keluasan sebanyak 819 kilometer persegi menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia. Gunung Perlis yang mempunyai ketinggian 733 meter menjadi titik tertinggi di negeri ini.

Di bahagian utara dan barat daya negeri ini, terbentangnya Banjaran Nakawan yang merupakan banjaran batu kapur terpanjang di Malaysia. Di banjaran ini terdapat bukit-bukit batu kapur yang sebahagian besarnya terdiri daripada Formasi Setul yang tertua di Malaysia yang dianggarkan berusia lebih 500 juta tahun. Di banjaran ini juga terletaknya Taman Negeri Perlis yang berkeluasan 4,379.81 hektar dan beberapa hutan simpan yang lain seperti Hutan Simpan Kekal Mata Ayer dan Hutan Simpan Kekal Wang Mu.[6]

Dianggarkan jumlah panjang sungai dan terusan di negeri Perlis ialah sepanjang 174.2 kilometer. Sungai Arau menjadi sungai terpanjang di negeri Perlis iaitu sepanjang 21.5 kilometer diikuti Sungai Korok dengan panjang 17 kilometer.[7]

Rujukan[edit | edit source]

  1. "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. p. 27. Archived from the original on 27 December 2010. Retrieved 24 January 2011.
  2. 2.0 2.1 "PENEMUAN UTAMABANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020". Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. Retrieved 24 March 2022.
  3. "State should be called 'Perlis' only, no 'Indera Kayangan', says Raja of Perlis". The Star. 26 May 2015.
  4. Nama Perlis secara tunggal sahaja yang digunakan secara rasmi pada perlembagaan negeri tersebut ditandatangani Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail.[3]
  5. "Institusi Beraja". Raja Perlis.
  6. "Taman Negeri Perlis". Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Retrieved 2022-03-25.
  7. "Kejuruteraan Sungai dan Zon Pantai". Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis. Archived from the original on 2016-03-04. Retrieved 2022-03-25.