Jump to content

Wn/ms/Wikipedia putuskan ADL sebagai sumber tidak boleh dipercayai

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Wikipedia putuskan ADL sebagai sumber tidak boleh dipercayai

21 Jun 2024 (Jumaat)

Berita ini melaporkan perihal Yayasan Wikimedia.
Atau projek-projek kendaliannya dan orang disebaliknya. Wikiberita ialah salah satu projek Yayasan Wikimedia.

Wikipedia, sebuah projek di bawah Yayasan Wikimedia memutuskan untuk melarang sebarang maklumat dipetik dari sumber Liga Anti-Fitnah (ADL) berkaitan konflik Israel-Palestin ke dalam rencana-rencana yang diterbitkan di sana.

Wikipedia ialah ensiklopedia bebas yang boleh disunting sesiapa sahaja, namun terdapat garis panduan kebolehpercayaan.
Imej: Moheen.

Menurut notis yang dipaparkan, perbincangan yang telah berlangsung sejak 2021 itu dengan sebulat suara bersetuju terhadap tiga perkara; sumber maklumat dari ADL didapati tidak boleh dipercayai berkaitan konflik Israel-Palestin. Kedua ialah terdapat bukti ketara yang mengaitkan konflik dengan fahaman anti-Yahudi secara buta tuli, seperti menuduh aktivis pro-Palestin sebagai anti-Yahudi.

Ketiga ialah maklumat mengenai simbol kebencian yang dipaparkan di laman web ADL tidak diperjelaskan dengan lebih terperinci. Namun begitu, Wikipedia bersetuju bahawa terdapat maklumat mengenai beberapa simbol kebencian yang dipaparkan boleh dipercayai kerana makna disebalik simbol itu mempunyai fakta yang jelas dan mudah difahami.

"Pendekatan biasa bagi kebolehpercayaan terpakai untuk pernyataan fakta. Memetik rujukan dari sumber kebencian ADL sebagai satu pendapat bukanlah berkisarkan kepada kebolehpercayaan, tetapi lebih kepada berat sesuatu topik itu," menurut kenyataan itu. "Penyunting sepatutnya melihat dari pelbagai sumber dalam konteks menggunakan kesemua sumber tersebut serta mendapatkan pernyataan dari individu."

ADL pula mendakwa insiden melibatkan anti-Yahudi meningkat sehingga 360 peratus selepas Perang Gaza bermula tahun 2023. Namun begitu, ADL akui mereka telah mengubah definisi dalam menentukan jika insiden itu berkait dengan fahaman anti-Yahudi atau tidak. Definisi baru itu kini melibatkan protes pro-Palestin yang menggunakan sorakan dan slogan anti-Zionis.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog