Wn/ms/Wikipedia kini 20 tahun

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Wikipedia kini 20 tahun

15 Januari 2021 (Jumaat)


Kuala Lumpur — Hari ini, laman sesawang ensiklopedia Wikipedia meraikan ulang tahun ke-20. Dalam hantaran akaun Twitter rasmi Wikipedia, mereka memberitahu bahawa Wikipedia dimulakan sebagai satu idea yang bercita-cita tinggi. Satu video khas juga dimuat naik di akaun Twitter tersebut untuk menyambut ulang tahun ke-20 Wikipedia.

Logo Wikipedia

Laman sesawang sukarelawan berkolaborasi ensiklopedia itu juga mahu mencapai untuk menghabiskan 20 tahun seterusnya untuk meluaskan akses percuma kepada informasi.

Wikipedia diasaskan oleh Jimmy Wales dan Larry Sanger dan versi Inggeris dilancarkan pada 15 Januari 2001 sementara versi Melayu dilancarkan pada 26 October 2002. Wikipedia kini terdapat dalam 309 bahasa.

Setakat 15 Januari 2021, Wikipedia berada dalam kedudukan ke-13 dalam Alexa. Versi Inggeris mempunyai sebanyak 6,229,679 rencana dan 40,719,686 pengguna berdaftar dengan 995,816,056 jumlah suntingan sementara versi Melayu mempunyai sebanyak 346,056 rencana dan 268,036 pengguna dengan 4,972,158 jumlah suntingan.

Sumber[edit | edit source]

  • @Wikipedia (15 Januari 2021). "IT IS OUR 20TH BIRTHDAY! Birthday cake)" (Wikipedia started as an ambitious idea. Over 20 years, people like you have made it possible. If you are a Wikipedia reader, contributor, donor, or fan — today is for you.

Join the celebration: http://20.wikipedia.org #Wikipedia20) – melalui Twitter.


Bookmark-new.svg