Wn/ms/Tun Mahathir umumkan nama parti baharunya

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Tun Mahathir umumkan nama parti baharunya

12 Ogos 2020 (Rabu)


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebentar tadi telah mengumumkan nama parti politik baharunya yang bakal ditubuhkan, sejurus pemecatan beliau daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurut sebuah hantaran di laman blognya, parti politik tersebut dinamakan “Pejuang”, yang ditubuhkan kerana PPBM telah “dihijack” (diambil alih) oleh mereka yang mahu menyelamatkan musuh mereka.

Terdahulu, Tun Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharunya yang akan dipimpini oleh beliau bersama-sama anaknya, Mukhriz Mahahtir.

Parti tersebut dikatakan bertujuan untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak, dan untuk memperjuangkan hak kepentingan rakyat negara.

Sumber[edit | edit source]