Wn/ms/Tiga kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Tiga kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini

2 Julai 2020 (Khamis)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memberitahu bahawa hanya 3 kes Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,643 kes. 1 kes merupakan kes import sementara 2 lagi kes ialah kes tempatan. Kesemua kes tempatan ialah kes bukan warganegara Malaysia.

62 kes pula telah pulih menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih sebanyak 8,437 kes. Tiada kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian kekal 121 kes. Sementara itu, jumlah kes yang masih aktif ialah 85 kes. 2 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]