Jump to content

Wn/ms/Selamat Ulang Tahun ke-20 Wikikamus Bahasa Melayu!

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Selamat Ulang Tahun ke-20 Wikikamus Bahasa Melayu!

25 Mei 2024 (Jumaat)

Berita ini melaporkan perihal Yayasan Wikimedia.
Atau projek-projek kendaliannya dan orang disebaliknya. Wikiberita ialah salah satu projek Yayasan Wikimedia.


Semalam, tanggal 24 Mei 2024, Wikikamus Bahasa Melayu meraikan ulang tahun yang ke-20. Wikikamus merupakan salah satu projek di bawah Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mengendalikan projek-projek berkaitan dengan pemeliharaan bahasa-bahasa di seluruh dunia, termasuklah projek Wikipedia.

Wikikamus Bahasa Melayu.
Imej: Smurrayinchester.

Wikikamus Bahasa Melayu mula diterbitkan atas talian dengan pautan sendiri pada 24 Mei 2004. Hasil daripada sumbangan oleh para sukarelawan dan penyumbang yang menghabiskan masa dan tenaga mereka, kini Wikikamus Bahasa Melayu mengandungi 26,264 lema (pada waktu berita ini ditulis).

Menurut huraian projek Wikikamus di laman Bahasa Inggerisnya, Wikikamus atau Wiktionary ialah sebuah projek kolaboratif yang menerbitkan kamus bebas berbilang bahasa. Seiring dengan perkembangan terkini, Wiktionary kini bukan lagi sekadar kamus bebas, malah ia mengandungi panduan ritma, tesaurus, frasa dan lain-lain. Manakala untuk Wikikamus Bahasa Melayu pula, ia mengandungi tulisan Jawi bagi sesuatu lema tersebut.

Seperti juga projek Wikimedia yang lain, Wikikamus dibangunkan menggunakan aplikasi MediaWiki, jadi ianya adalah sebuah wiki, yang membenarkan pengguna membuat suntingan pada mana-mana laman.

Selamat Hari Ulang Tahun ke-20, Wikikamus Bahasa Melayu!


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog