Jump to content

Wn/ms/Sekurang-kurangnya 134 terbunuh dalam banjir kilat di Selatan Rusia

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Sekurang-kurangnya 134 terbunuh dalam banjir kilat di Selatan Rusia

8 Julai 2012 (Ahad)

Lokasi kejadian banjir.

KRYMSK 8 Julai − Sekurang-kurangnya 134 terbunuh dalam bencana banjir yang berlaku di Krasnodar, wilayah selatan Rusia. Kejadian tersebut adalah yang terburuk dalam dasawarsa ini. Kebanyakkan kematian yang berlaku kerana lemas dan terperangkap dalam banjir.

Presiden Rusia, Vladimir Putin melakukan tinjauan udara menerusi helikopter di kawasan yang mengalami kerosakan teruk serta mengadakan mesyuarat khas dengan pegawai tempatan. Beliau juga mengarahkan supaya para penyiasat mencari punca kejadian banjir itu dan langkah-langkah pencegahan banjir.

Menurut pihak polis, mangsa-mangsa banjir yang terselamat berjaya memanjat pokok dan bumbung rumah untuk kekal di atas air yang telah membanjiri tingkat aras bawah beberapa buah bangunan. Hujan juga masih berlaku di sesetengah kawasan persisiran pantai termasuklah di bandar yang paling terjejas teruk, Krymsk.

Sumber

[edit | edit source]
  • (Melayu)
  "134 Terbunuh Dalam Tragedi Banjir Kilat Di Selatan Rusia" — mStar Online, 8 Julai 2012
  • (Inggeris)
  "Russia's Putin seeks answers over deadly floods" — Reuters, 8 Julai 2012
  • (Inggeris)
  "Russia reels from floods as toll climbs to 146" — AFP.com, 8 Julai 2012
Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog