Jump to content

Wn/ms/Presiden Peru bakal dipecat, terima jam Rolex dan barang mewah

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Presiden Peru bakal dipecat, terima jam Rolex dan barang mewah

28 Mei 2024 (Selasa)

Pejabat Peguam Negara Peru pada Isnin telah mengemukakan aduan perlembagaan terhadap Presiden Dina Boluarte dalam kes yang membabitkan dirinya terpalit dengan skandal nasional berkaitan penggunaan barang-barang mewah, skandal yang boleh membawa kepada prosiding penyingkirannya sebagai Presiden.

Presiden Dina Boluarte pada tahun 2024.
Imej: Ministerio de Defensa del Perú.

Aduan itu yang mendakwa Boluarte melakukan "rasuah secara pasif" telah dikemukakan kepada Kongres. Boluarte sebelum itu telah disoal siasat dan serbuan polis berhubung penggunaan beberapa jam tangan mewah Rolex dan barang kemas lain yang dimilikinya kelihatan bertentangan dengan pendapatan bulanan yang diperolehnya sebagai penjawat awam. Namun begitu, dia berkata kesemua barang mewah itu dipinjam kepadanya daripada gabenor tempatan.

Tuduhan itu muncul ketika populariti pemimpin itu merosot pada tahap lima peratus, hasil daripada dapatan tinjauan pendapat umum yang dikeluarkan oleh Institut Pengajian Peru pada Ahad. Ia telah dilakukan ke atas lebih 1,200 penduduk bermula 18 Mei hingga 21 Mei. Kebanyakkan rakyat Peru berpendapat tidak banyak perkara akan berubah di masa akan datang.

Menurut Bloomberg, itu merupakan peratusan terendah terhadap populariti Boluarte sejak dia mula memegang jawatan itu pada penghujung tahun 2022. Peratusan populariti bagi Kongres Peru pula tidak menunjukkan perkembangan yang baik; hanya enam peratus sahaja bersetuju dengan kepimpinan Boluarte, manakala 91 peratus pula menentang.

Pada bulan April, Presiden Boluarte terlepas daripada percubaan untuk memecatnya dari jawatan utama itu apabila usul pemecatan itu ditolak ahli dewan sebanyak dua kali menerusi undian. Undian pertama menyaksikan usul itu ditolak dengan undian sebanyak 49-33, dengan 12 tidak hadir, manakala undian kedua juga ditolak dengan keputusan 59-32, dengan 11 orang tidak hadir.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog