Wn/ms/Portal:Berita lucu

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Portal:Berita lucu
Jump to: navigation, search

Pada asalnya kampung ini merupakan sebuah penempatan kaum kerabat keluarga terdekat yang dihuni oleh kaum keluarga yang rapat. Penempatan asalnya pada tahun selepas pendudukan Jepun , 1946 telah didirikan di Nanga Ruyak. Pada waktu itu, TR Briak ak Anjan telah membawa anak buahnya mambuka penempatan di Nanga Ruyak bersama-sama 6 buah keluarga .Rumah tersebut didirikan menggunakan tebelian, sejenis kayu keras yang boleh tahan sehingga beratus-ratus tahun. Pada tahun kemerdekaan Malaysia 1957, Rumah Panjang Nanga Ruyak yang diketuai oleh TR Beriak mempunyai 10 buah keluarga. Sebanyak 10 buah keluarga yang hidup aman damai telah bertambah kepada 11 buah keluarga pada tahun 1965 yang diketuai oleh TR Ngumbang ak Beriak yang menggantikan bapa beliau mendiang TR Beriak. Pada tahun 1982, TR Upat ak Neh telah mentadbir 16 keluarga di Nanga Ruyak sehingga tahun 1991. Pada tahun 1992 TR Runggai ak B’gari menantu kepada mendiang TR Ngumbang telah mengetuai penduduk di Nanga Ruyak. Melihat kepada arus perubahan dan pemodenan gaya hidup, TR Runggai bersama penduduk telah sepakat untuk mendirikan dan membangunkan petempatan di tapak yang sama (Nanga Ruyak) untuk membina rumah panjang yang baru. Atas kata kesepakatan semua, pada 26.11.1996, sebanyak 30 keluarga telah bernaung di bawah TR Runggai ak Begari di Nanga Ruyak. Walaupun zaman kemelesetan ekonomi, ditambah pula banyak halangan dan rintangan membina rumah panjang yang baru, tetapi atas kerjasama dan amalan tolong menolong serta gotong royong, semua penghuni rumah panjang (36 buah keluarga) telah mmenduduki rumah panjang baru pada 2.6.1998 sehingga sekarang . Banyak rancangan pembangunan yang telah dibawa oleh agensi kerajaan dan swasta sehingga pembentukan Gerakan Desa/Daya Wawasan pada tahun 2000 telah merancakkan proses pembangunan Rumah Panjang Nanga Ruyak. Kepercayaan kepada dasar-dasar kerajaan dan semangat ingin memajukan kampung menjadi asas pembangunan di Kampung Nanga Ruyak, Julau, sehingga sekarang dan mengamalkan motto :Beserakup Sepenemu Nuju Pemansang”(sepakat kata/Pendapat Menuju ke arah Kemajuan).

LOGO / MOTTO

BESERAKUP SEPENEMU NUJU PEMANSANG (PENDAPAT SEPAKAT KE ARAH KEMAJUAN)

VISI KAMPUNG “ KAMPUNG YANG HARMONIS,MAJU,BERSIH DARI SEMUA ASPEK SELARAS DENGAN WAWASAN KERAJAAN”

MISI KAMPUNG “MEWUJUDKAN KAMPUNG YANG AMAN DAMAI UNTUK DIDIAMI DENGAN MENGEKALKAN SERTA MEMPERTINGKATKAN KEBERSIHAN DAN KEMAJUAN SEIRING DENGAN PEMBANGUNAN NEGARA SERTA WAWASAN KERAJAAN

Kampung ini didirikan berdekatan Sungai Kanowit. Sungai Kanowit merupakan sungai yang mengalir melalui Pekan Julau sehingga tiba di muaranya (di Bandar Kanowit) di Sungai Rajang iaitu Sungai yang terpanjang di Sarawak dan Malaysia. Didirikan di kawasan tanah rata dengan hadapan rumah menghadap ke arah matahari terbit. Kampung ini dapat dihubungi sejauh 5.2 km melalui Jalan Julau Entabai dan memasuki simpang ke kampung. Ia juga boleh dihubung kira-kira 25 minit perjalanan melalui Sungai Kanowit dari Pekan Julau.

Senarai Ketua Keluarga Rumah Runggai Begari Nanga Ruyak, 96600 Julau Sarikei Sarawak.


No Bilik Nama /No KP/Jum Ahli Keluarga 01 Galang ak Jeraku 02 Steng ak Empam 03 Petrus Wing ak Stang 04 Rupiah ak Angkol 05 Ngelingkong Rebut 06 Minggu Jeranding 07 Tambi ak Jugo 08 Angkol ak Gaong 09 Patrick ak Kelana Mangga 10 Dia ak Meringgai 11 Sato ak Meringgai 12 Senapang ak Jengieng 13 Pawan ak Pulo 14 Gena ak Chaing 15 Jilum ak Sagai 16 Henrry Katang ak Luna 17 Gawan ak Ngong 18 Victor ak Rebut 19 Ladi ak Bakit 20 Belu ak Laut 21 Oscar Gandik Stanie 22 TR Runggai anak B’gari 23 Salleh ak Jimbau 24 Micheal Wat ak Gaseng 25 Angku Jenging 26 Patrick Dumit ak Tutung 27 Ujang ak Ngumbang 28 Gindi ak Usik 29 Igum ak Japal 30 Andrew ak Kanchin

Penganugerahan Kepada Rumah Panjang Rh Runggai B’ Gari Ng Ruyak, 96600 Julau , Sarikei Sarawak PENCAPAIAN PENGANUGERAHAN


Tempat Ke- 3

Pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung anjuran Majlis Daerah Julau & Meradong tahun 1999.



Tempat Ke – 3 Pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung Antara Rumah-Rumah Panjang Daerah Julau-Pakan & Meradong anjuran Majlis Daerah Julau & Meradong tahun 2000