Jump to content

Wn/ms/Poland melabur dalam mempertingkatkan keselamatan siber

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Poland melabur dalam mempertingkatkan keselamatan siber

4 Jun 2024 (Selasa)

Poland akan memperuntukkan lebih dari 3 bilion zloty (~RM3.3 bilion) bagi meningkatkan kecekapan dalam keselamatan siber, kata Menteri Hal Ehwal Digital semalam. Ini selepas berlakunya insiden ke atas agensi berita PAP di mana pihak berkuasa percaya serangan siber itu dilakukan oleh Rusia.

Poland.
Imej: Szymon Mazurczak.

Dengan pengundian parlimen Eropah diadakan di Poland pada Ahad, pihak berkuasa kini dalam keadaan bersiap sedia sekiranya terdapat percubaan dari Moscow untuk campur tangan dalam proses pengundian tersebut. Lebih-lebih lagi selepas penggodam berjaya menerbitkan cerita palsu mengenai penempatan ketenteraan melalui suapan berita agensi tersebut pada Jumaat.

Warsaw berulang kali menuduh Moscow dalam cubaan untuk menggugat Poland atas alasan peranan yang dimainkan dalam menyediakan kelengkapan ketenteraan kepada negara jirannya Ukraine. Walau bagaimanapun, Rusia telah menolak dakwaan itu.

"Kami akan memperuntukkan lebih 3 bilion zloty untuk 'Perlindungan Siber'," kata Tmbalan Perdana Menteri Poland, Krzysztof Gawkowski yang juga Menteri Hal Ehwal Digital dalam sidang akhbar. "Aktiviti yang diadakan secara bersama menteri - dalam negeri dan hal ehwal digital - akan memacu ke arah pelaburan baru dalam keselamatan siber".

Gawkowski juga berkata mereka akan melabur dalam merancang pelbagai program bagi melindungi institusi kerajaan yang penting. Pada Isnin Poland dilaporkan telah menyekat beberapa percubaan serangan siber yang ditujukan kepada infrastruktur kritikal.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog