Jump to content

Wn/ms/Permainan video GTA VI bakal dilancarkan musim luruh 2025

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Permainan video GTA VI bakal dilancarkan musim luruh 2025

24 Mei 2024 (Jumaat)

Peminat siri permainan video Grand Theft Auto mungkin tidak sabar-sabar lagi menanti masuknya tahun 2025 apabila pembangun di sebalik permainan video itu, Rockstar Games mengumumkan permainan video terbaru dari siri itu, GTA VI akan dikeluarkan pada musim luruh 2025. Berita itu diumumkan selepas syarikat induknya, Take-Two Interactive melaporkan kerugian kewangan sebanyak $2.9 bilion pada suku kewangan terakhir.

Grand Theft Auto VI
Imej: Rockstar Games.

"Apabila kita masuk tahun fiskal 2025 dengan momentum positif, kami jangka akan terima unjuran tempahan bersih bernilai $5.55 hingga $5.56 bilion. Pandangan kami mencerminkan pengumuman pelancaran permainan Grand Theft Auto VI dari Rockstar Games yang sebelum ini bakal dikeluarkan pada tahun 2025 kepada musim luruh 2025. Kami sangat yakin Rockstar Games mampu menawarkan pengalaman hiburan yang tiada tandingannya, dan jangkaan kami impak komersial hasil daripada judul itu akan terus berkembang."

Rockstar Games mula mengumumkan Grand Theft Auto VI secara rasmi Disember tahun lepas, dengan treler rasmi pertama permainan video itu dinobat sebagai video acah yang paling banyak ditonton di laman Youtube dalam masa 24 jam. Permainan video itu menggunakan lokasi yang dikenali sebagai Leonida, ilham daripada bandar Florida di mana pemain akan mengawal watak perempuan yang bernama Lucia bersama teman lelakinya.

Untuk rekod, judul utama di bawah siri Grand Theft Auto sebelumnya, Grand Theft Auto V dilancarkan secara rasmi pada tahun 2013.

Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog