Jump to content

Wn/ms/Permainan video "Crash Bandicoot 5" dibatalkan selepas 3 tahun dibangunkan

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Permainan video "Crash Bandicoot 5" dibatalkan selepas 3 tahun dibangunkan

15 Julai 2024 (Isnin)

Projek pembangunan permainan video Crash Bandicoot 5 dilaporkan telah dibatalkan, dakwa salah seorang pembangun siri itu. Judul itu merupakan antara permainan video yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat sejak kali terakhir permainan video Crash Bandicoot 4 diterbitkan secara rasmi pada 2020.

Logo siri permainan Crash Bandicoot

Pereka karakter dari permainan Crash Bandicoot 4: It's About Time, Nicholas Kole berkata permainan itu sedang dibangunkan sejak tiga tahun lalu dan ianya dibatalkan walaupun selepas banyak usaha dilakukan. "Program kami yang sepatutnya dibatalkan sejak tiga tahun lalu secara rasminya tidak lagi dibangunkan (usaha dalaman untuk menyelamatkannya juga gagal) dan larangan ke atas keseluruhan portfolio kini telah ditarik balik," katanya menerusi hantaran di laman sosial X.

"Bukan Spyro, tapi tak lama lagi semua akan mendapati Crash 5 tidak menjadi kenyataan dan ia mengecewakan."

Siri permainan Crash sebelum itu dibangunkan oleh studio Toys For Bob di bawah Activision. Selepas Microsoft mengumumkan pembelian Activision, studio itu kemudian menjadi bebas. Permainan Crash Team Rumble merupakan judul terakhir dibangunkan studio itu di bawah Activision.

Walaupun bebas, studio Toys For Bob masih lagi bekerjasama dengan Microsoft untuk permainan video akan datang.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog