Jump to content

Wn/ms/IKEA buka kedai maya di Roblox, jawatan kosong dengan gaji ditawarkan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > IKEA buka kedai maya di Roblox, jawatan kosong dengan gaji ditawarkan

5 Jun 2024 (Rabu)

Jenama perabot antarabangsa IKEA mengumumkan mereka sedang membuka permohonan peluang pekerjaan di dalam kedai maya mereka menerusi permainan video Roblox. Walau bagaimanapun, peluang pekerjaan itu hanya terhad kepada pemain Roblox yang tinggal di United Kingdom dan Ireland dan berumur 18 tahun ke atas.

IKEA di Coventry, UK.
Imej: Graham Hogg.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan, IKEA bakal melancarkan The Co-Worker Game iaitu penawaran kepada pengalaman persekitaran maya di mana pemain boleh merasai sendiri berada di dalam dunia maya IKEA. Ini termasuklah pengalaman berada di dalam gedung IKEA, berjalan dari satu bahagian ke bahagian lain serta menghidangkan bebola daging yang popular tanpa had.

"Kami rasa teruja menjadi jenama pertama melancarkan kerja berbayar di Roblox bagi mempamerkan bagaimana kami mengendalikan kerjaya dengan cara berbeza, mengetengahkan falsafah kerjaya unik kami. Di IKEA, tiada jalan tetap untuk mengembangkan karier. Pekerja kami boleh menukar peranan mereka, menukar jabatan, dan berkembang dari mana-mana arah yang mereka pilih, sama ada di dalam permainan atau di dunia nyata," menurut kenyataan itu.

"Terdapat banyak cara untuk belajar dan berkembang di IKEA, dan itulah apa yang dilakukan IKEA menerusi Roblox."

Permohonan dibuka pada Rabu dan tutup pada Ahad minggu depan dengan sepuluh jawatan kosong ditawarkan. IKEA membayar sebanyak £13.15 (RM79) per jam bagi pemohon yang berjaya melepasi sesi temubual yang diadakan secara dalam talian.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog